Emergency Food Supplies for the Needy

in Support of Bantuan Sementara Bersama Ain

by Intan


Header kempen ain

MYR 121.83

Raised of MYR 10,000.00 target.


4

1%

4 Months

Donors

Funded

Left


The Story

How do I know Kak Ain?

I met Kak Ain a year ago through the biking community. At the time, Kak Ain and I took part in a motor convoy organized by NKS Sports. From then, we exchanged numbers and followed each other on social media. At first, I thought she was like any other woman, with interest in cooking and baking, but little did I know that she is also into the racing sport. With the mutual interest in racing, we started to know each other more, but still not much that I know about her background.

Kak Ain and I became even closer when we went for a motor convoy to Cameron Highlands. At that time, I was informed that one of the aims of the convoy was to deliver donations to the needy. I still remember the time when we gave the donations, they received it with a bright smile. Some of the families had members who were ill and in need of consistent treatment. This charitable effort at least can lessen the burden of the families. This moment really touched my heart. Only after I came back from Cameron Highlands did I find out that the donations were one of the initiatives of Bantuan Sementara Bersama Ain and Kak Ain was the mastermind and funder of the donations. I am happy to be part of the team.

What makes me want to help Kak Ain?

That was the beginning where I got to know the real Kak Ain; a person that is easy going and actually is active in charity and volunteering. I wonder what is the source of her motivation to help the needy. Through stories from friends and her social media, I got to know that she once had lived in difficulties, but she worked hard to improve her life. From the profit she obtained from the sales, she wanted to help other people, because she knew how hard it was to live in difficulties. What makes me more inspired is that; she is consistent to help people every month, no matter what it takes, to ease the burden of the needy. What she did really inspired me.

Help me raise for Bantuan Sementara Bersama Ain!

Now, I would like to be part of the campaign Bantuan Sementara Bersama Ain initiated by Kak Ain especially to ease the burden of the needy in terms of daily essentials for this upcoming Ramadan. Being in racing communities, I would also like to deliver the message that the platform to do charity is always open, regardless of our background and belief. I target to fundraise RM10,000 for this campaign. If I reach the target, I will strive for myself in motorcycle racing. At the moment I'm still new in it but i would challenge myself to be able to knee down and elbow down if the target is reached. Stay tuned for my video!

Let's be together with me to help Kak Ain in her campaign Bantuan Sementara Bersama Ain to fund emergency food supplies for the needy.


Baca kempen dalam Bahasa Melayu di bawah.

Saya mengenali Kak Ain setahun lepas melalui komuniti bikers. Waktu itu saya dan Kak Ain sama-sama mengikuti konvoi bermotor anjuran NKS Sports. Bermula dari situ, kami bertukar nombor dan saling mengikuti dalam media sosial masing--masing. Pada mulanya, saya ingat Kak Ain seperti wanita lain, minat memasak dan membuat kuih, namun Kak Ain juga meminati aktiviti sukan bermotor. Disebabkan minat dalam dunia permotoran, kami mula rapat, namun masih tidak banyak saya tahu mengenai latar belakang Kak Ain.

Saya dan Kak Ain mula rapat apabila kami sama-sama dalam konvoi bermotor ke Cameron Highland. Waktu itu saya diberitahu antara tujuan konvoi tersebut adalah untuk menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan. Saya masih ingat lagi apabila sumbangan itu disampaikan, mereka sangat gembira. Ada keluarga yang mempunyai anak yang mengalami masalah kesihatan dan memerlukan rawatan berkala. Sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mereka. Perkara ini sangat menyentuh hati saya. Selepas pulang dari Cameron Highland, barulah saya tahu bahawa sumbangan yang disampaikan dalam konvoi bermotor itu adalah antara inisiatif “Bantuan Sementara Bersama Ain” dan Kak Ain adalah orang kuat dan penyumbang sumbangan tersebut. Saya gembira menjadi sebahagian daripada individu yang menyampaikan sumbangan.

Mengapa saya ingin bersama membantu Kak Ain?

Bermula daripada itu, baru saya mengenali siapa Kak Ain yang sebenar. Seorang yang saya lihat sempoi dan bersahaja, rupa-rupanya merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan. Saya tertanya-tanya apakah yang menjadi sumber motivasi Kak Ain untuk membantu orang yang memerlukan. Melalui cerita daripada rakan-rakan dan Facebook Kak Ain, saya dapat tahu yang Kak Ain pernah berada dalam kesusahan, namun Kak Ain berusaha untuk memperbaiki kehidupannya. Melalui keuntungan yang diperoleh, Kak Ain ingin membantu orang lain kerana dia tahu bagaimana hidup dalam kesusahan. Apa yang buat saya lebih kagum, Kak Ain konsisten untuk membantu setiap bulan, melalui keuntungan jualan di kedainya. Saya juga mendapat tahu, sekiranya tidak cukup, Kak Ain sanggup membuat kerja-kerja tambahan untuk terus membantu orang lain. Cerita Kak Ain sangat memberi inspirasi buat saya.

Bantu saya mendapatkan dana untuk Bantuan Sementara Bersama Ain!

Kali ini, saya ingin bersama-sama dengan Kak Ain dalam kempen Bantuan Sementara Bersama Ain terutamanya untuk mengurangkan beban golongan yang memerlukan keperluan harian apabila menjelangnya Ramadan. Berada dalam komuniti sukan permotoran, saya juga ingin menyampaikan mesej bahawa ruang membuat kebajikan sentiasa luas, tidak kira apapun latar belakang dan kepercayaan kita. Saya target untuk mencapai RM10,000 untuk disumbangkan kepada kempen ini. Sekiranya saya mencapai target ini, saya akan mencabar diri saya dalam perlumbaan motor. Buat masa sekarang, saya masih baru namun saya ingin mencabar diri saya untuk melakukan aksi lutut dan siku mencecah trak sekiranya dapat mencapai target ini. Nantikan update dalam video saya!

Jom bersama saya bantu Kak Ain dalam kempen Bantuan Sementara Bersama Ain untuk memberi bantuan makanan kecemasan kepada yang memerlukan.


MYR 121.83

Raised of MYR 10,000.00 target.


4

1%

4 Months

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 31.95

25/04/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 53.25

24/04/2020
Anonymous Donor
Semoga Allah permudahkan segala urusan yg baik suci ini.

Amount Donated

MYR 26.63

24/04/2020
Faizatul Akmal binti Azizan
May Allah bless us

Amount Donated

MYR 10.00

23/04/2020
Anonymous Donor
Intan tam

Other fundraisers by this user

Card image cap

Emergency Food Supplies for the Needy

by Intan

How do I know Kak Ain?

I met Kak Ain a year ago through the biking community. At the tim ... Read more

MYR 121.83 raised.

In Support of Bantuan Sementara Bersama Ain

This Fundraiser has expired