Hentikan Ambil Kesempatan Atas Nama Bantuan

by Eqlima Ernie Shafiqa Bt Mohd Suffian

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat, diberkati dan dirahmati oleh Tuhan yang Maha Esa. Saya Erniesha, selaku menti daripada Program bimbingan Mobile Journalism (MOJO) untuk projek suara masyarakat anjuran NGOhub yang berkolaborasi serta direalisasikan bersama, oleh European Union, Internews dan SOLS247.

Sebelum kita memulakan perbahasan, di sini saya ingin membuat penafian bahawasanya kandungan MOJO ini dihasilkan dengan sokongan kewangan European Union. Kandungannya adalah tanggungjawab penulis konten yakni saya sepenuhnya, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan European Union, Internews, atau SOLS 247 atau NGOhub.

Baiklah, pada bulan Ogos lepas, saya telah membincangkan tentang hal penyalahgunaan kuasa oleh NGO amal dalam membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. 

Kali ini, saya ingin membawa anda ke dalam ruang perspektif pemikiran yang berbeza di mana bukan pertubuhan NGO terlibat dalam penyalahgunakan kuasa, malah rakyat marhaen bersikap tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas bantuan diberikan tanpa mengambil berat tentang hak rakyat lain yang juga memerlukan bantuan. Tambahan lagi, perkara ini menjadi lebih teruk apabila individu-individu yang mementingkan diri sendiri ini menipu tentang identiti dan keadaan mereka serta tidak memanfaatkan bantuan yang diberi. 

Tahun ini menjadi suatu tempoh yang memedihkan jiwa rakyat Malaysia. Tambahan pula, isu sedemikian semakin banyak diterbitkan melalui sumber laman sesawang berita. Berikut beberapa kes berkaitan yang telah tular di media sosial baru-baru ini:

 

  1. Pada Julai lepas, tular tentang isu satu gambar stok penyimpanan makanan  seorang wanita dan barangan bantuan yang diterimanya dari pelbagai pertubuhan NGO di akaun media sosialnya. 

 

                                                

                               Sumber: https://dailymakan.com/jenis-tak-pandang-belakang-dakwa-perlu- bantuan-tapi/43887/

 

  1. Pada awal bulan Ogos lalu seorang wanita yang mempunyai anak yang ramai mendesak seorang ketua pegawai pengaihan bantuan makanan dari sebuah NGO untuk memberinya bantuan sekali lagi atas alasan keliru tentang program bantuan yang dianjurkan oleh NGO tersebut. 

 

                                  

     Sumber: https://lobakmerah.com/mcm-mana-bantuan-sis-minta-tu-suka- ambil-kesempatan-wanita-tiada-segan-silu-minta-bantuan-dari-ngo-berulang-kali/

 

  1. Selebriti tempatan meluahkan pendapat tentang rakyat yang menghubungi mereka mendesak supaya memberikan bantuan selepas mendapat bantuan dari selebriti yang lain. 

 

                                      

Sumber: https://www.utusan.com.my/gaya/2021/07/sudah-dapat-bantuan- saya-minta-pula-artis-lain-jangan-ambil-kesempatan-abby-abadi/

 

Di sini kita boleh memberi pandangan dari pelbagai sudut yang berbeza. Pertama, mungkin sememangnya mereka terdesak akibat pendapatan yang teruk terjejas sejak PKP 1.0, Mac tahun lepas.

Kedua, mungkin juga mereka, tidak berdaya atau mempunyai banyak tanggungjawab atau menghadapi masalah sampai menghalang mereka untuk menjana pendapatan sepanjang tempoh PKP. Sekurang-kurangnya, tanggapan sebegini mungkin dapat menyenangkan reaksi kita terhadap isu ini.

Akan tetapi, dari sudut pandangan lain, sikap mereka amatlah tidak bertanggungjawab kerana mereka sangat mengambil kesempatan dan berbuat apa sahaja untuk mendapat bantuan sehingga mereka malas untuk berusaha menjana pendapatan keluarga mereka walaupun pekerjaan itu tidak ada kena mengena dalam karier mereka asalkan ianya dari sumber yang halal. 

Tambahan pula, ada juga individu yang menerima bantuan mempersoalkan barangan bantuan yang diberi, mengadu sana sini dan memuat naik isu jenama makanan, harga makanan dan jenis makanan sebagai ekspresi mereka tentang betapa ‘kedekutnya’ pihak NGO  amal itu memberikan bantuan kepada rakyat dan ini adalah sikap yang sangat tidak bermoral lebih-lebih lagi sebagai seorang yang menerima bantuan, ibarat ‘diberi betis nak peha’. 

 

                                    

                                    Sumber: https://dailymakan.com/minta-sumbangan-tapi-banyak-songeh/43270/  

 

              

  Sumber: https://gempak.com/berita-terkini/kelas-kau-jah-demand-daging-sotong-mi-segera-ikut-brand-viral-minta-bantuan-selera-havehave-51783

 

Sumber: https://lobakmerah.com/bukan-tak-bersyukur-tapi-tulah-student-um-kutuk-makanan-pkp-undang-kecaman-netizen/

 

Disebabkan itu, ramai pihak yang berhasrat untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan mengeluh untuk menjalankan aktiviti yang mulia ini. Keihlasan mereka terhakis, semangat mereka merudum. Hal ini telah dibuktikan oleh luahan sesetengah netizen yang menulis di blog atau memuat naik luahan mereka terhadap sikap individu yang mementingkan diri ini sehingga menggangu kerja dan mental pihak yang menyalurkan bantuan. 

 

                           

                                               Sumber: https://iiumc.com/ramai-ambil-kesempatan-minta-bantuan/  

 

Sumber: https://hi-in.facebook.com/Mykualalangat/posts/manusia-yang-suka-ambil-kesempatan-dari-kesempitan/1567038993462835/

 

Hal Ini bakal melibatkan orang lain akan menganggap NGO yang dipercayai masyarakat dan individu berhasrat untuk membantu telah menipu dan menggunakan wang yang disalurkan dari rakyat dermawan, sehingga pihak tersebut bakal dianggap pecah amanah dan lebih parah lagi, bantuan sebenar kepada rakyat yang memerlukan tidak dapat disalurkan sepenuhnya kepada mereka boleh menyebabkan kesan buruk yang lain.

Justeru itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, haruslah kita sentiasa memberi kesedaran dalam pelbagai cara dan bentuk kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini agar mereka berhenti dan sedar akan melakukan hal yang hanya akan memberi impak  buruk kepada sistem kebajikan negara dan akhirnya melibatkan penjejasan kehidupan, nyawa dan hak rakyat lain kerana bukan mereka sahaja, malah semua orang telah terjejas kehidupan mereka sejak hadirnya virus COVID19 melanda negara. 

Ianya adalah pendirian dan sikap seorang individu, bukan kerana situasi dan keadaan. Tiada istilah terpaksa dalam isu mengambil kesempatan ini. Jadi sama-sama kita muhasabah diri dan berfikir sejenak apa yang dapat dilakukan untuk menangani hal ini agar ianya tidak menjadi sebuah normalisasi dalam kalangan masyarakat kita. 

Untuk membaca dan menelusuri lebih banyak cerita tentang inspirasi kemasyarakatan, perkongsian ilmu dan ekspresi idea dari warga Suara Masyarakat, layari www.ngohub.asia/stories.com

 #MOJOKitabySM, #SuaraMasyarakat #CommunityVoices #NGO


 

 

Share