Masalah Pengangguran dalam Kalangan Graduan di Malaysia

by NUR AFFIZAH BINTI ROSLAN

Graduan menurut kamus Dewan Bahasa bermaksud golongan mahasiswa yang menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Gelaran ini sememanya diimpikan oleh mana-mana golongan yang telah bertungkus lumus mempelajari ilmu sehingga ke peringkat menara gading. Dengan harapan, sekiranya keluar meninggalkan mahligai Universiti mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan nilai sijil ijazah yang diterima. Pada abad ini masalah pengangguran dalam kalangan graduan di Malaysia amat membimbangkan malah semakin lama semakin tinggi peratusan.  Menurut statistik pengangguran graduan siswazah DOSM 2019, graduan siswazah Malaysia meningkat kepada 5.29 juta atau 6.9 peratus lebih tinggi pada 2019 berbanding 4.94 juta (2018). 

Apakah punca masalah ini berlaku, Adakah ini berpunca daripada graduan itu sendiri atau terdapat masalah dalaman yang lain. Jika pada hari ini penularan Covid 19 sedang melanda negara dengan cukup kritikal telah memberi tamparan besar kepada semua orang terutamanya golongan graduan yang akan terjun ke dalam dunia perkerjaan. Banyak syarikat swasta terpaksa mengambil keputusan untuk menggulung tikar terutamanya syarikat swasta, ini menyebabkan tiada peluang kepada graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian untuk terus berkerja atau baru berkerja dalam mengambil pengalaman dan kemahiran, syarikat hanya fokus kepada golongan yang berpengalaman yang telah dibuang kerja ketika covid 19 melanda ini.Persaingan secara tidak sihat berlaku. 

Masalah pengguasaan bahasa berkomunikasi yang kurang baik. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Melayu dalam petuturan seharian. Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris oleh graduan di Malaysia antara sebab utama tidak mendapat tempat untuk kerja sesuai kelayakan yang mereka inginkan. Berdasarkan kajian yang dilakukan di Jobstreet majikan di Malaysia terutamanya syarikat swasta menginginkan seorang perkerja yang mempunyai kelebihan berbahasa khususnya bahasa Inggeris, kerana kemahiran komunikasi ini mampu mewujudkan hubungan baik dengan syarikat luar.  Jika seorang graduan tidak menguasai kelebihan ini akan mewujudkan identiti mereka yang tidak meyakinkan majikan. 

Kursus yang diambil oleh siswazah dianggap tidak bersesuaian dengan pasaran kerja, Ada sesetengah kursus yang dianggap punca berlakunya pengangguran. Ketidaksepadanan kerja berlaku dengan kehendak pasaran dan ekonomi. Antara kursus yang dinyatakan kearah punca pengangguran berdasarkan kajian ialah Program Pentabiran Perniagaan, Pengajian Islam, Sastera, Sains Sosial dan Malah kursus ini dinyatakan graduan paling ramai dalam kalangan orang Melayu sendiri. Apalagi sesetengah pihak golongan atasan menyatakan bahawa sekarang universiti dianggap bukan ‘kabel’ untuk graduaan terus mendapat pekerjaan yang baik. Graduan sekarang ini perlu bijak memasarkan diri mereka selepas keluar daripada pengajian.

kemahiran rendah dan kemahiran pertengahan antara yang lebih banyak peluang pekerjaan di Malaysia. Berbanding tahap pendidikan seorang graduan yang berkemahiran tinggi ditawarkan sangat rendah. Majoriti kemahiran seorang graduan akan mencari peluang pekerjaan yang sama taraf dengan kemahiran yang dia pelajari sewaktu di universiti, kerana itulah tahap pengetahuan yang dia telah pelajari. Jika tiada peluang pekerjaan yang setaraf kemahiran yang miliki justeru itu mengambil keputusan untuk menganggur. Masalah yang berlaku adalah ketidakpadanan antara industri dan bekalan keperluan golongan graduan. 

Kadar gaji yang diberikan tidak setaraf dan suasana yang tidak kondusif. Hanya 54 peratus siswazah memperolehi pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Ini menyebabkan kepada rasa tidak berpuas hati dalam kalangan golongan graduan. banyak kes yang berlaku tekanan kerja yang berat tetapi tidak setaraf dengan gaji diberikan. Kes ini menyebabkan penyumbang kepada penghijrahan tenaga kerja mahir Malaysia ke negara maju yang terkenal dengan gaji yang peluang besar dan persekitaraan yang sihat, positif.

Kebanjiran warganegaraasing, faktor punca pengangguran dalam kalangan graduan.. Warga asing tidak kisah dengan gaji. Sikap sesetengah graduan memilih kerja ini telah menyebakan mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Namun sebaliknya, ada sesetengah golongan graduan yang tidak memilih kerja. Tetapi disebabkan faktor keselamatan yang diketahui mana jenayah banyak berlaku didalam kalangan perkerja asing. Ini menyebakan lepasan graduan takut untuk menceburi kerja sektor perindustrian. 

Kurangnya ilmu pengetahuan asas dalam pengurusan dalam mencari kerja. Sesetengah gologan graduan tidak mengambil peluang untuk tambahkan kemahiran sofskill sebagai tambahan. Apalagi sekarang revolusi teknologi, pelbagai kewujudan asas teknik menulis resume, teknik temu duga yang dikelolakan. Antaranya, siri Prokens di bawah kelolaan Majlis Belia Malaysia telah memberi pendedahan bagaimana seorang graduan dapat memperbetulkan corak mereka dalam usaha memohon kerja. masalah saat ini ramai kurang menitik beratkan penulisan resume,, kajian mendapati graduan kurang menguasi teknik-teknik sedemikian. 

Akhir sekali, punca berlaku ialah peluang kerja yang diwujudkan dengan lokasi yang ditetapkan. Dalam temuramah teknik penulisan resume. CEO Mau Kerja, Ray Teng memberi perkongsian iaitu walaupun anda sesuai menjawat jawatan tersebut, namun majikan akan mengutamakan pemohon yang berdekatan lokasi tempat kerja. Antara contoh, jawatan kosong di Likas, Sabah, majikan akan memberi jawatan ini kepada pencari kerja yang berada di sekitar Likas atau yang berdekatan. 

Kesimpulannya, masalah pengangguran dalam kalangan graduan ini, antara yang sehingga kini belum selesai, walaupun kerajaan dan universiti sebenarnya memainkan peranan untuk membantu masalah ini, namun, terdapat masalah dalaman yang dihadapi ini perlu dititikberatkan. Walaupun ada ura-ura menyatakan semakin tinggi pelajaran, semakin sukar mendapat kerja. Seharusnya, jangan memandang sebagai negatif. Golongan graduan yang menganggur ketika ini, ambillah peluang mempelajari pelbagai kemahiran, kerana hari ini Malaysia bukan negara fokus kepada pertanian, tetapi kini fokus kepada revolusi IR 4.0.

#MOJOKitabySM, #SuaraMasyarakat, #CommunityVoices, #Unemployment

 

Kandungan MOJO ini dihasilkan dengan sokongan kewangan European Union. Kandungannya adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan European Union, Internews, atau SOLS 247 atau NGOhub.

Share