Beza Negara Kaya VS Miskin, Negara Malaysia Kaya ke?

by Meor Muhammad Azim

 

“Perbezaan antara negara miskin dan kaya bukanlah kerana berapa awalnya tamadun negara tersebut.” . 

Kalau tidak pasti India dan Mesir, yang tamadunnya lebih 2000 tahun dah jadi kaya. Sebaliknya, Kanada, Australia dan New Zealand, yang baru berumur 150 tahun, hari ini adalah negara  maju dan kaya. 

Perbezaan antara negara miskin dan kaya juga tidak bergantung kepada sumber asli yang ada. Jepun mempunyai wilayah yang terhad, 80% bergunung-ganang, tidak sesuai untuk pertanian  merupakan antara ekonomi terbesar dunia. Negara ini umpama sebuah kilang terapung yang besar,  mengimport bahan mentah dari seluruh dunia dan mengeksport produk perkilangan. Korea Selatan  juga begitu. Malaysia pula berbeza kerana ia punya sumber alam yang pelbagai. 

 

Contoh lain ialah Switzerland, ia tidak menanam koko tetapi menghasilkan coklat terbaik di dunia. Di  wilayah kecilnya ia menternak haiwan dan mengusahakan tanah itu hanya selama empat bulan dalam  setahun, namun mengeluarkan produk susu terbaik. Sebuah negara kecil yang merupakan imej  keselamatan yang telah menjadikannya sebagai bank dunia terkuat. 

 

Pemimpin dari negara kaya yang berinteraksi dengan rakan sejawatan mereka dari negara miskin  tidak menunjukkan perbezaan intelek yang ketara. 

 

Faktor kaum atau warna juga tidak menunjukkan kepentingan: Pendatang asing yang bermalas malasan di negara asal mereka secara terpaksa menjadi produktif di negara Eropah yang kaya. . 

Apakah perbezaannya? 

Bezanya ialah SIKAP rakyat, yang dibentuk selama bertahun-tahun oleh pendidikan dan budaya. . 

Apabila kita menganalisis tingkah laku rakyat dari negara kaya dan maju, diperhatikan bahawa  majoriti mematuhi prinsip kehidupan berikut: 

1. Etika, sebagai prinsip asas. 

2. Integriti. 

3. Amanah dan bertanggungjawab. 

4. Hormat kepada undang-undang dan Peraturan. 

5. Penghormatan daripada hak majoriti rakyat. 

6. Rajin bekerja dan berniaga. 

7. Gigih menyimpan dan melabur. 

8. Kemahuan untuk menjadi produktif. 

9. Menghargai dan menepati masa. 

10. Bersikap patriotic 

 

Di negara miskin hanya sebilangan kecil minoriti mengikuti prinsip asas ini dalam kehidupan seharian  mereka. Majoriti TIDAK memegang prinsip di atas ini. 

 

Kita bukan miskin kerana kekurangan sumber asli atau kerana alam kejam terhadap kita. Kita miskin kerana kita ada masalah SIKAP. Kita tidak mempunyai keinginan untuk mengikuti dan  menerapkan prinsip pegangan masyarakat kaya dan maju ini. 

 

Atau, mungkin kita ada, cuma belum cukup kuat semangat juangnya, masih belum kukuh kesepakatan  sesama rakyatnya. Kita masih ada masa untuk berubah!

 

 

Kandungan MOJO ini dihasilkan dengan sokongan kewangan European Union. Kandungannya adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan European Union, Internews, atau SOLS 247 atau NGOhub.

Share