Bisikan Buluh – Prospek Cerah Menyuluh Ekonomi serta Pembangunan Lestari

by Chin Wen Yen

 

“Buluh itu kayu orang miskin.” Zaman sudah berlalu, dunia kian maju. Kini buluh bukan sahaja mendapat pengiktirafan sedunia sebagai bahan binaan yang lestari malah boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. Binaan menggunakan buluh bukan sahaja mesra alam bahkan menonjolkan tahap kemahiran dan kreativiti pembinanya menghasilkan binaan yang unik dan estetika.

A picture containing outdoor, dirt

Description automatically generated

Kos Binaan Buluh (Sumber : Ir. Ahmad Mazlan, Bamboo Jungle Adventure)

Produk buluh di Malaysia lebih dikenali dan umum dalam kalangan rakyat tempatan hanya terhad dalam masakan lemang, pembuatan penyepit sekali guna, kraf dan barang kegunaan harian serta binaan rumah Orang Asli Semenanjung dan Sabah Sarawak. Terdapat juga perabot buluh dan anyaman dinding buluh dari Indonesia yang boleh didapati di sini. Di beberapa negeri negara kita, masih terdapat industri anyaman raga atau bakul buluh untuk merebus ikan dan menyimpan sayur-sayuran serta buah-buahan yang biasanya digunakan di pasar basah. Namun selepas Perintah Kawalan Pergerakan, banyak pengusaha industri desa ini terpaksa bertukar ke bidang lain atau bersara. 

No photo description available.No photo description available.No photo description available.

Pembuatan Bakul Buluh di Teluk Intan, Sumber : Penulis Wen Yen, 2019

Buluh bukan sahaja boleh diproses untuk membuat perabot,digunakan secara meluas dalam pembinaan, malah industri tekstil dan kertas tisu berkualiti tinggi. Kelebihan buluh termasuk mudah tumbuh dan cepat tumbesarannya di Malaysia, mudah didapati, serat yang kental, ringan, mesra alam dan tahan gegaran gempa bumi serta angin kencang. Namun dalam pandangan orang ramai, buluh itu mudah reput, diserang serangga perosak dan tidak tahan lama. Sebenarnya ada petuanya untuk buluh tahan lama dan bernilai tinggi. Amalan tradisi Orang Asli adalah merendam batang buluh dalam sungai untuk menyingkirkan kandungan kanji dalam buluh. Buluh yang direndam akan tahan lebih lama tanpa serangan serangga perosak setelah dikeringkan. Terdapat juga yang menyapu minyak pada permukaan buluh supaya kalis air tidak reput dan mengusir serangga. Cara-cara ini membolehkan binaan atau produk bertahan lebih lama tetapi tidak melebihi 2-3 tahun. 

Buluh yang telah dirawat atau diawet dengan cara moden boleh bertahan sehingga 30-40 tahun. Antara rawatannya adalah dengan merendam dalam kolam berisi Boraks, sejenis garam semula jadi, menebuk lubang antara dalaman ruas buluh dan mengisi dengan Boraks dengan pam tekanan tinggi. Cara-cara ini boleh menggantikan kanji dalam rongga buluh dengan garam. Cara lain termasuk memasak atau awet dengan cara mengeluwap atau rawatan haba. TreatmentBamboo Treatment Boucherie Method | Studio WNAWhat is the Manufacturing Process of Bamboo Timber? -

Cara Mengawet Buluh : Rendaman, Pam tekanan tinggi, Rawatan Mengeluwap, Sumber : Guadua Bamboo

 

Sekiranya lebih banyak binaan boleh dibuat daripada buluh, maka penggunaan kayu-kayan serta penghasilan simen serta bata boleh dikurangkan secara mendadak. Gunung batu di Ipoh kelihatan sudah gondol akibat kuari batu kapur untuk memenuhi keperluan aktiviti pembangunan yang rancak. Dengan gondolan gunung-ganang, perlindungan angin semula jadi telah tiada dan ini memberi kesan yang amat memudaratkan kepada penghuni-penghuni sekitarnya yang kini terdedah kepada pelbagai impak perubahan iklim.

A road with cars and a large rock cliff in the background

Description automatically generated with low confidence

KL-Ipoh, Sumber : Syed Amran, 14 Mei 2018

No photo description available.

Gunung Panjang, Gopeng, Perak, (Sumber : Facebook Pemerhari Lembah Kinta, 29 Julai 2020)

No photo description available.

Jalan Simpang Pulai menghala Cameron Highlands 

Sumber : Facebook PEKA Malaysia, 30 Oct 2020

 

A picture containing text, mountain, nature

Description automatically generated

Gunung Lanno, (Sumber : Sinar Harian, 05 Feb 2022)

Pada September 22, 2021 iaitu tahun lalu, angin ribut berlaku di Manjung yang menyebabkan kerosakan pada rumah dan banyak pokok yang tumbang turut merosakkan harta benda penduduk. 

A picture containing outdoor, sky, grass, day

Description automatically generated May be an image of outdoorsMay be an image of outdoorsMay be an image of outdoors

Angin ribut, Manjung, Perak, Sumber : Perak Press, Sept 2021

Pada 30 haribulan Januari 2022 menjelang Tahun Baru Cina, berlaku puting beliung akibat ribut petir di Ipoh sehingga 219 rumah roboh dan tidak dapat dihuni lagi. Lebih 100 pokok juga tumbang. Pada 14 April yang lepas iaitu 2021, sudah berlaku ribut yang mengimpak lebih 300 keluarga dan merosakkan 127 buah rumah di Kampung Tasek, Ipoh. Angin yang kuat menerbangkan bumbung rumah dan banjir turut melumpuhkan kampung tersebut.  

NSTP/courtesy NSTP reader Keadaan rumah Zaniah Nordin, 52, di Kampung Tasek di sini selepas dilanda ribut petang Rabu lalu. FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI

Ribut di Kampung Tasek, Sumber : Harian Metro, April 2021.

A person standing in a flooded area

Description automatically generated with low confidence

May be an image of 3 people, people standing, people sitting, motorcycle and roadMay be an image of indoor Zahid AF cemas nampak puting beliung di Ipoh

Puting beliung di Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai, Perak, Sumber : Facebook Perak The Best, Jan 2022

 

Pada 8 haribulan Mac 2022, berlaku kejadian runtuhan batu kuari di Tambun di mana terdapat mangsa tertimbus dan keadaannya masih tidak diketahui.

A picture containing mountain, outdoor, people

Description automatically generatedMay be an image of natureMay be an image of 2 people, people sitting, motorcycle and road

Runtuhan batu kuari, Tambun, Simpang Pulai, Ipoh, Perak, Sumber : BERNAMA, 08032022

 

#MOJOKitabySM, #SuaraMasyarakat, #CommunityVoices, #sustainability #kelestarian #buluh #cintaialamsekitar #perubahaniklim #kepentinganpokok #kepentingantadahan #hilangkawasantadahanhujan #kepentingangunung #bukankiamattapikerjamanusia #OrangAsli #banjirkilat #tanampokok #penghutanansemula #Malaysiatetapbersatu #penebanganhutan #assalamilasi #ekopatriotisma #tiadabumitiadakita #tiadanegaratiadakeluarga #MalaysiaTanahAirku #NegarakuMalaysia

Kandungan MOJO ini dihasilkan dengan sokongan kewangan European Union. Kandungannya adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan European Union, Internews, atau SOLS 247 atau NGOhub.

Share