Persaingan terlalu banyak khususnya siswazah Ijazah Sarjana Muda, punca pengangguran dalam kalangan graduan.

by Nur Affizah Roslan

Saban tahun graduan di Malaysia yang dihasilkan oleh pihak universiti tempatan bukan sahaja graduan di Malaysia malah graduan Malaysia yang belajar di luar negara semakin meningkat. Ini telah menimbulkan persaingan yang terlalu banyak bukan sahaja graduan Ijazah Sarjana Muda, malahan graduan yang mengambil pelbagai bidang di peringkiat Master dan PhD. 

 

Ini yang dinyatakan oleh Meor Firdaus, salah seorang pelajar Master dalam bidang bahasa di salah satu universiti tempatan di Malaysia.  Terkadang sesuatu jawatan yang ditawarkan khusus sesuai untuk graduan bertaraf Diploma, namun graduan Ijazah dan Master juga turut berebut untuk mengisi kekosongan yang dinyatakan. 

 

Meor Firdaus memberi pandangan berdasarkan hasil dapatan yang dibaca di internet sebelum ini di mana antara punca pengangguran dalam kalangan graduan adalah disebabkan negara kita bukan sebuah negara pengeluar tetapi lebih kepada pengguna. Peluang perkerjaan yang lebih luas ialah perkerjaan separuh mahir. 

 

Negara kita belum sampai tahap seperti negara luar yang mempunyai tenaga mahir untuk lapangan tekonologi, walaupun negara kita mempunyai industri. Jalan selamat seorang graduan Ijazah memilih untuk kerja di luar bidang seperti menjadi guru ataupun kerja-kerja sebagai  penghantar makanan,

 

Sekiranya, ada iklan kekosongan jawatan kosong khususnya Mystep, Protégé dan sebagainya, pengambilan yang mahu diambil berkerja tidak terlalu ramai. Yang mengisi jawatan kosong tersebut terlalu banyak. Persaingan dalam mencari perkerjaan di sini dilihat amat sengit,

 

Salah satu contoh yang boleh dilihat tahun lepas ialah iklan pengambilan Guru One Off. Walaupun iklan pengambilan ini dibuka secara besar-besaran untuk graduan yang mempunyai latar belakang khususnya Pendidikan, namun graduan Ijazah bukan skop bidang pendidikan pun mahu mencuba nasib. 

 

Malah pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengesahkan bahawa pihak mereka telah menerima permohonan begitu banyak sehingga dua kali ganda daripada biasa. Dapat dilihat bagaimana sesuatu kekosongaan jawatan yang diklankan begitu mendapat sambutan daripada graduan-graduan di Malaysia. Ia sekaligus menimbulkan persaingan dalam kalangan graduan yang mencuba untuk mendapatkan perkerjaan. 

 

Malah dalam keterdesakan mahu mencari kerja, graduan sanggup mengisi jawatan kosong yang bukan selari dengan bidang yang dipelajari sewaktu di universit. Dengan harapan dapat mencuba nasib ataupun dapat berkerja sekaligus mahu mencari pengalaman. Ini antara pandangan daripada Sharifah Azwa, graduan Seni Kreatif yang sekarang mengambil keputusan menjalankan perniagaan jahitan baju. 

 

Dalam pada itu menurut Meor Firdaus lagi, keadaan sudah berubah. Jika sebelum ini apabila dalam mencari perkerjaan, bidang yang dipelajari di universiti tidak semestinya akan diadaptasi di dunia perkerjaan. Namun hari ini, pelbagai kemahiran perlu ada dalam diri seorang  graduan, walaupun tidak mahir. Mempunyai asas pun sudah mencukupi. 

 

Contohnya, seseorang graduan bidang Pendarasan Islam, jika mereka mempunyai kemahiran menghasilkan Autocad, ia mampu menarik minat kepada majikan untuk berkerja di syarikat mereka disebabkan kelebihan yang ada. Jika diikutkan graduan tersebut secara betulnya bukan dalam bidang kejuruteraan.

 

Walaupun sengit dalam mendapatkan perkerjaan, kata Meor Firdaus, universiti bukan tempat melahirkan graduan untuk mencari kerja semata-mata. Namun, universiti berperanan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pemikiran aras tinggi, sifat toleransi, dan suka tolong-menolong antara satu sama lain. 

 

Menurutnya, graduan pada hari ini perlu lah mempunyai usaha lebih sedikit dalam mencuba mendapatkan perkerjaan yang diinginkan. Ini disebabkan mereka boleh menjadi graduan yang berbeza dengan yang lain. Majikan pun akan berkenan untuk mengambil perkerja yang berbeza daripada yang lain. Ini antara mengurangkan persaingan antara seorang graduan dalam mencari kerja. 

 


 

 

#MOJOKitabySM #SuaraMasyarakat #CommunityVoices

Disclaimer: This MOJO content was produced with the financial support of the European Union. Its contents are the sole responsibility of the author, and do not necessarily reflect the views of the European Union, Internews,or SOLS 247 or NGOhub.

Share