Batang Pisang Tebat Todak, Batang Buluh Tolak Lumpur

by Chin Wen Yen

 

 

Mengikut cerita lagenda Singapura Dilanggar Todak, Hang Nadim, kanak-kanak berumur 7 tahun yang bijaksana telah mengikhtiarkan cara untuk menggunakan batang pisang sebagai kubu pertahanan di pantai untuk melumpuhkan serangan ikan todak. Akhirnya, Hang Nadim berjaya menyelamatkan nyawa orang dan tentera Singapura. 

Disember yang lalu (2021), tidak kurang kawasan perumahan yang dinaiki air sehingga tingkat satu. Selepas air surut, mendapan tanah ditinggalkan menutupi jalan dan pekarangan rumah dari luar ke dalam. Saliran air keluar dan longkang turut tersumbat dengan lumpur, sampah dan barang-barang hanyutan banjir. 

Sebelum kerja pembersihan rumah boleh dijalankan, lumpur di lantai perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk memudahkan pergerakan kerana lumpur sangat licin apabila dipijak. Dengan ini, cara yang terpantas dan termudah adalah dengan menyapu lumpur ke dalam parit, longkang atau sungai dengan bantuan semburan air daripada mesin penyembur tekanan tinggi dan penyapu air plastik. Namun, perbuatan ini membawa padah kepada kawasan yang berada di bahagian tengah dan hilir sungai kerana lumpur menjadikan sungai dan longkang cetek. Kemudian, kawasan tersebut pula dinaiki air seperti yang kita lihat di kawasan Kajang dan Bangi.

Mengikut maklum balas netizen di media sosial, dermaan penyapu air amat diperlukan untuk kerja pembersihan lumpur. Timbul juga masalah lumpur yang mulai mengeras kerana ketiadaan bekalan air untuk kerja mencuci atau ketiadaan mesin penyembur air tekanan tinggi. Oleh itu, penyapu air plastik yang murah tidak sesuai untuk kegunaan lasak atau atas permukaan lumpur yang mulai mengeras. 

Berikutan dengan pengalaman saya dalam aktiviti membersih rumah mangsa banjir di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor dua tahun yang lepas, lumpur setebal setengah kaki dalam pekarangan rumah bukan sahaja menyukarkan pergerakan malah membahayakan kerana tidak kurang orang yang jatuh akibat tergelincir. Sukarelawan dan mangsa banjir haruslah memakai kasut but getah untuk mengurangkan kelicinan, akan tetapi, kasut but getah tetap akan tersekat dalam lumpur jika lumpur terlalu tebal dan melekit. 

Oleh itu, saya mendapat ilham untuk membuat alat penyapu air dengan menggunakan buluh supaya lebih tahan lasak dan lestari. Saya juga pernah melihat alat ‘screeding’ kayu untuk kerja meratakan lantai simen atau epoxy. Sudah lama minat saya terhadap buluh terputik dan saya telah mengambil inspirasi daripada kepit sampah buatan buluh daripada Trash Hero Indonesia. Sejak Januari 2019, saya telah mula mengkaji pembuatan penyepit sampah dan cuba mendapatkan batang buluh dari sekitar kediaman saya di Cheras. 

Akhirnya, saya bekerjasama dengan kawan saya Salehin Ibrahim, pemilik K-9 Cottage, Hulu Langat dan juga pengerusi Trash Hero Sungai Lui pada masa itu untuk membuat penyepit sampah buluh dalam kuantiti yang besar untuk kegunaan aktiviti gotong-royong kali yang pertama tahun 2019 Friends of Rivers Sungai Klang, Midvalley dan aktiviti tahunan Beach Clean Up Nestle di seluruh Malaysia dengan Impact Lution dan Generasi Peduli Sampah sehingga kini. Pendekatan kami dalam kerja tangan buluh ini adalah dengan mengupah Orang Asli daripada perkampungan yang berdekatan untuk mendapatkan sumber buluh dan menghasilkan penyepit buluh. Kami telah menduakan semula pendekatan ini di Perkampungan Orang Asli di Sungai Gabai, Hulu Langat, Semenyih, Selangor dan Tapah, Perak supaya kami dapat memperkasa lebih banyak komuniti Orang Asli di Malaysia.

A picture containing website

Description automatically generatedA picture containing outdoor, ground, person

Description automatically generatedA picture containing ground, person, outdoor

Description automatically generatedA group of people wearing matching t-shirts

Description automatically generated with medium confidence

 

Berbalik kepada penyapu air buluh, saya berjaya mendapat tajaan Universiti College Sedaya International UCSI Kuala Lumpur Bahagian Trust Office bawah penyeliaan Cik Shannen Choi untuk menghasilkan 180 penyapu air buluh dalam masa tiga hari untuk mangsa banjir Hulu Langat. Pada 28 haribulan Disember 2021, bersama ahli kelab alam sekitar universiti saya, Green Up Project dan kerjasama sekumpulan pelajar jurusan seni bina, kami menghasilkan dua jenis penyapu air; satu untuk menyapu air dan satu lagi untuk mengorek mendapan lumpur daripada ruang yang sempit seperti parit dan longkang. Saya telah membawa prototaip alat buluh yang dibuat oleh Encik Calvin Hun, ModelPro Services, Pandan Indah untuk rujukan para pelajar. Prototaip ini telah saya bawa ke gotong-royong membersih anjuran Tzu Chi di Sri Muda pada 26 haribulan November apabila dipelawa oleh kawan saya yang merupakan ahli Tzu Chi.


A picture containing person, ground, outdoor, way

Description automatically generated

 

150 batang buluh simpanan yang saya perolehi daripada Rasa, Selangor dan telah dikeringkan telah dihantar ke makmal di UCSI untuk penghasilan alat buluh tersebut. Peranan saya adalah untuk mengajar, menyelia kerja penghasilan alat dan memastikan keselamatan para pelajar di makmal semasa menggunakan alat-alat tangan dan mesin serta kebersihan makmal sebelum meninggalkan makmal. Saya juga berharap dapat memupuk minat generasi muda terhadap buluh, bahan yang lebih mampan dan tidak mendatangkan pencemaran kepada manusia dan alam sekitar. 

Bak kata pepatah, “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.


People working in a factory

Description automatically generated with medium confidenceA picture containing person, outdoor, wooden, raft

Description automatically generated

 

Oleh kerana kesuntukan masa dan kekurangan alat penggerudi yang sesuai, saya membuat keputusan untuk mempermudah reka bentuk alat buluh dengan mengurangkan dua batang penyokong(support) yang boleh memperkukuhkan lagi alat tersebut. Pada 31 Disember 2021, kesemua alat penyapu air dan pengorek longkang buluh dikutip dan dihantar ke rumah Pengerusi Gabungan Zon 2 Cheras untuk aktiviti gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir di Hulu Langat pada keesokan harinya iaitu 1 haribulan Januari 2022.  


A picture containing ceiling, indoor, wooden, wood

Description automatically generatedA person wearing a mask working in a factory

Description automatically generated with low confidence
A group of people posing for a photo

Description automatically generated

 

Alat penyapu air dan pengorek lumpur dibahagikan kepada beberapa pasukan sukarelawan di Hulu Langat termasuk Gerakan23 ADUN Dusun Tua YB Edry Faizal dan Pengerusi Gabungan Zon 2 Cheras, Dato Ravishanker. 


Sukarelawan Gabungan Zon 2 Cheras di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat

May be an image of 2 people, people standing and outdoorsMay be an image of 7 people, people standing and outdoors

Gambar Mohd Shukur Ahmad bersama YB Edry Faizal di Taman Desa Raya, Hulu Langat

 

Oleh kerana kes Covid-19 di Perak telah menurun dan sempadan telah dibuka, saya telah mengambil kesempatan untuk bertemu dengan seniman kraftangan bertam, buluh dan rotan Orang Asli, Bah Dek di Tapah, Perak. Saya telah berpeluang mengenali Bah Dek beberapa tahun yang lalu semasa Pesta Kebudayaan di Ipoh, Perak. Beliau langsung tidak kedekut ilmu dan bertekad untuk meneruskan tradisi dan seni budaya Orang Asli. Seperti orang kampungnya, beliau tidak pernah berputus asa dalam mempertahankan tanah adat kampung dimana darah beliau tumpah dan bumi di mana dipijak.  

Bah Dek berkongsi dengan saya bahawa mereka juga menghasilkan dan membuat alat yang serupa untuk kegunaan meratakan tanah untuk membuat jalan di lereng bukit perkampungan orang asli. Pemegang alat tersebut diperbuat daripada kayu dan hanya bahagian bawah diperbuat daripada buluh untuk mencangkul dan meratakan tanah. Untuk memperkukuhkan alat tersebut, mereka juga mereka sokongan untuk bahagian buluh ke pemegang kayu. Kami telah berbincang untuk mengadakan bengkel untuk pembuatan alatan buluh sebagai sumbangsaran dan asimilasi atau ‘assalamilasi’ (ciptaan saya) antara rakyat Malaysia berbilang kaum.  





 


 

#MOJOKitabySM, #SuaraMasyarakat, #CommunityVoices, #sustainability #kelestarian #buluh #cintaialamsekitar #perubahaniklim #kepentingansungai #kepentingantadahan #hilangkawasantadahanhujan #banjirHuluLangat #MalaysiaTrashyTalk #OrangAsli #GenerasiPeduliSampah #SampahKitaTanggungjawabKita #banjirkilat #hulurbantuan #tanpamengirakaum #Malaysiatetapbersatu #penebanganhutan #UCSI #bambootong #assalamilasi #ekopatriotisma #tiadabumitiadakita #tiadanegaratiadakeluarga #tanahadat #memorandumsetiaptahun #MalaysiaTanahAirku #NegarakuMalaysia

Kandungan MOJO ini dihasilkan dengan sokongan kewangan European Union. Kandungannya adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan European Union, Internews, atau SOLS 247 atau NGOhub.

Share