Kitaran Ekonomi : 9R untuk Banteras Masalah Tapak Pelupusan yang Tidak Memenuhi Piawai

by Chin Wen Yen

 

Pada tahun 2020, terdapat sebanyak 148 tapak pelupusan di seluruh Malaysia, hanya 14 tapak pelupusan yang bertaraf sanitari. Sanitari itu bukan merujuk kepada sampah sanitari seperti tuala wanita terpakai atau lampin bayi. Sebelum itu, 114 telah ditutup kerana sudah penuh kapasitinya. Setiap hari, purata 30,000,000 kg sampah yang rakyat Malaysia hasilkan dan dihantar ke tapak pelupusan, antaranya kurang daripada 5% yang boleh dikitar semula. Setiap rakyat Malaysia pula dianggarkan membuang sebanyak 1.64kg sampah setiap hari berbanding anggaran sedunia 1.2kg setiap orang. Menurut SW Corp, kos pengurusan sampah tahunan Malaysia mencecah RM2 billion. (Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-malaysia-hasil-37890-tan-sisa-setiap-hari)

 

Table

Description automatically generatedTable

Description automatically generated

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732770/14-juta-tan-sampah-pada-2022

 

Di Selangor sahaja, keluasan lapan tapak pelupusan di negeri tersebut sudah mencecah 1,247 ekar dengan purata sampah yang dibuang sebanyak 7,060,000 kg setiap hari daripada 32.7 juta penduduk Selangor. (Sumber : http://dewan.selangor.gov.my/question/tapak-pelupusan-sampah-di-selangor) Secara umumnya, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari adalah tempat pembuangan sampah yang dilengkapi sistem pengumpulan gas metana dan air larut resap, loji rawatan air larut resap dan penutupan liner. 

 

Bagaimana pula dengan 148 tapak pelupusan lain yang tidak bertaraf sanitari? Kesemua tapak pelupusan ini tiada sistem untuk memerangkap dan mengumpul gas metana. Untuk tapak pelupusan bertaraf sanitari di Malaysia, walaupun mempunyai lapisan liner, apabila berlaku hujan lebat dan cecair lebihan tidak sempat disedut, tetap akan melimpah keluar dan mencemari tanah dan saliran air. Maka keadaan menjadi lebih teruklah dengn tapak pelupusan yang biasa tanpa kelengkapan seperti taraf sanitari.

 

  PDF] Performance of a combined system of electrolysis and granular  activated carbons for leachate treatment of Jeram sanitary landfill,  Malaysia | Semantic Scholar

Sumber : http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56670/1/FK%202015%2038IR.pdf

 

Cara yang terbaik untuk mengurangkan sisa atau sampah di rumah sebelum dibuang ke tapak pelupusan adalah dengan adanya pusat pemprosesan komuniti di setiap mukim atau bandar. Pusat pemprosesan ini hendaklah mengamalkan 9R supaya setiap jenis sampah boleh diurus dengan baik dan warga setempat juga dapat memperluas ilmu untuk mengurus dan mengurangkan sampah di rumah. Bayangkan sekiranya setiap isi rumah dapat berbuat demikian, sampah dapat dikurangkan secara mendadak dan hal ini juga menyumbang kepada kitaran ekonomi Malaysia yang seimbang.

 

Sebelum kita ungkaikan langkah-langkah dalam 9R,  kini kebanyakan negara masih mengamalkan ekonomi sehaluan dan 3R. Dengan kitaran ekonomi yang seimbang, pelbagai sumber dan produk boleh dikembalikan kepada rantai pengilangan untuk pemprosesan yang berterusan sehingga bahan mentahnya merosot dari segi kualiti dan bahan yang baru perlu ditambah.

 

The transition to the Circular Economy and why it bodes well for South  Africa – How can we #cocreateSANL

Sumber : http://cocreatesa.nl/news/the-transition-to-the-circular-economy-and-why-it-bodes-well-for-south-africa/

Saban hari kita mendengar Amalan 3R, Reduce, Reuse, Recycle : Mengurangkan, Mengguna Semula dan Mengitar Semula, kemudian Amalan 5R, Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recycle : Menolak, Mengurangkan, Mengguna Semula, Mengitar Semula dan Mengubah kepada bentuk tenaga. Dengan kadar pembuangan sampah yang tinggi, terbukti penguatkuasaan dan tahap kesedaran terhadap amalan ini amat lemah. Jikalau negara kita ingin mencapai 9R sedangkan kita masih terkapai-kapai mempelajari amalan 5R, kita hendaklah lebih berusaha lagi dan saling bekerjasama.

Amalan 9R merangkumi Refuse-Menolak, Rethink-Mempertimbang semula, Reduce-Mengurangkan, Reuse-Mengguna Semula, Repair-Membaiki, Refurbish-Membaik pulih, Remanufacture-Memperbuat semula, Repurpose-Mengguna semula dalam bentuk yang lain, Recycle-Mengitar semula, Recover-Mengubah kepada bentuk tenaga. Terdapat sepuluh sebenarnya kerana langkah Refuse, Menolak diambil kira sebagai 01. Sekiranya terdapat pusat pemprosesan berteknologi rendah di setiap mukim berbentuk Decentralised, maklumat dapat disebarkan dengan lebih berkesan dan kesedaran lebih ramai penduduk dapat dipertingkatkan. 

Pusat pemprosesan ini akan memainkan peranan sebagai pengantara kontraktor pembersihan majlis perbandaran dan penduduk, pengumpulan sampah kitar semula dan pusat menyebar maklumat yang berkaitan dengan pengurusan sampah. Contoh kemudahan yang boleh didapati di pusat sebegini adalah pengasingan barang kitar semula, pengumpulan minyak masak terpakai, bengkel membaik pulih alatan elektrik, pertukangan atau jahitan dan kebun komuniti untuk penduduk membawa sisa makanan untuk dijadikan baja. Dengan hampir setiap jenis barangan yang dapat dibaik pulih atau dipergunakan sepenuhnya, maka jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan akan berkurang. 

Selain daripada bertumpu kepada isu alam sekitar, hab ini juga boleh memperkasa golongan yang hilang pekerjaan, golongan gelandangan dan warga emas dengan menggaji mereka sebagai pekerja atau penyelia di pusat pemprosesan tersebut. Selain daripada mendapat pekerjaan, mereka juga boleh belajar kemahiran yang berguna kepada masa depan sendiri dan alam sekitar. Dengan ini, kehidupan mereka akan menjadi lebih senang dan hidup mereka lebih bermakna. 

Di samping itu, pusat pemprosesan ini boleh menjadi tempat untuk menganjurkan jamuan penghargaan untuk pekerja-pekerja pembersihan yang menjalankan kerja mereka untuk mengutip sampah dan membersihkan pekarangan taman-taman perumahan kita. Dengan adanya hubungan yang baik, pekerja akan menjalankan tugas mereka dengan lebih gigih tanpa keluh dan pada masa yang sama, penduduk juga akan lebih berusaha mengasingkan sisa di punca untuk mengurangkan sampah di tapak pelupusan. Akhirnya pengurusan sampah di Malaysia akan menjadi lebih berkesan dan peruntukan perbelanjaan kerajaan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan sosial yang lebih penting.

 

Circulair ondernemen met de 9R-strategieën - Circular Company Makers

 

Circular economy diagram

 

 

#MOJOKitabySM, #SuaraMasyarakat, #CommunityVoices, #sustainability #kelestarian #hargaisumber #sikapsederhana #cintaialamsekitar #pencemaran #kejuruteraanbalikan #segregasi #asingandisumber #MalaysiaTrashyTalk #GenerasiPeduliSampah #SampahKitaTanggungjawabKita #9R #CircularEconomy #kitaranekonomi #kemampanan #biarsampahsatukanMalaysia

Kandungan MOJO ini dihasilkan dengan sokongan kewangan European Union. Kandungannya adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan European Union, Internews, atau SOLS 247 atau NGOhub.

Share