Fabrik Bahagian 2 : Biar Kusam Di Luar Kekal Abadi, Daripada Rupa Masih Berkilat Hidup Terbuang

by Chin Wen Yen

Tahukah anda? Setiap hari sebanyak 2 million kilogram sisa tekstil dibuang ke tapak pelupusan. Semasa proses mereput, sisa ini akan melepaskan gas karbon dioksida dan metana yang mendorong pemanasan global. Tekstil sekarang mengandungi 60 peratus plastik dan jika fabrik sintetik yang bersalut bahan kimia dan pewarna ni dibiarkan di tapak pelupusan, ia akan mengurai menjadi berbilion serpihan mikroplastik yang membahayakan hidupan liar dan manusia.

Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku? Mengapakah timbul lambakan pakaian atau kain atau tekstil? Dalam hal ini, kita tidak boleh hanya salahkan arus fesyen pantas. Berikutan dengan Revolusi Industri, pakaian dikilang dan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak supaya boleh diedarkan ke seluruh negara dan pelosok dunia. Baju yang dikilang dijual secara pukal dengan harga lebih rendah kerana dibuat dalam kuantiti yang banyak dan kos pengeluaran boleh diturunkan. Sehelai demi sehelai baju yang serupa dihasilkan dalam sekelip mata, dibungkus, diedar, digantung atau diperagakan di rak pameran kedai, menunggu pemilik barunya. Benar baju kilang pelbagai saiz, rekaan, warna dan antara faktor yang paling menarik para pengguna adalah harga yang berpatutan dan sepadan dengan kualiti. 

Conoce el vídeo que busca concientizar sobre cuánta ropa desperdiciamos |  Mi Huella de Carbono

Sumber : https://www.mihuella.cl/2020/06/22/conoce-el-video-que-busca-concientizar-sobre-cuanta-ropa-desperdiciamos/

Sejak berlaku transformasi industri dalam industri tekstil, banyak tukang jahit, kasut, beg kulit, dompet kulit, seniman sulam, tenun, anyam, batik dan lain-lain yang terpaksa gulung tikar. Dahulunya, pakaian hanya dibuat apabila diperlukan dan bukannya dibiarkan berlonggok di stor atau dipamerkan di ruang kedai mengumpul habuk dek menunggu peluang untuk dibelek. Pelanggan yang membeli daripada kedai tradisional tukang jahit boleh ‘custom-make’ iaitu memesan hasil buatan yang bersesuaian dengan pelanggan tersebut dan tiada pendua di pasaran yang bersamaan. Tukang jahit akan mengambil ukuran badan pelanggan dan menghasilkan pakaian menggunakan kain yang pelanggannya pilih. Mustahil hasilan tangan boleh siap dalam sehari atau kadar segera, masyarakat sekarang sudah sinonim dengan budaya murah, mudah, pantas. Lebih ramai yang suka membeli-belah di kedai-kedai yang menyediakan pelbagai reka bentuk dari negara-negara lain, siap dengan pelbagai saiz yang boleh menepati kemahuan pelanggan berbagai ragam dengan kemudahan mencuba dan berbekalkan stok pakaian yang baru. Oleh yang demikian, pekerjaan tradisional kian berkurang ditelan zaman dan berlaku lebih pembaziran hasilan kilang yang sudah lapuk atau berlebihan. 

Table

Description automatically generated

Sumber : https://www.e-coexist.com/posing-as-cloth-non-woven-fabrics-are-plastic/

Salah satu fabrik yang amat mengelirukan para pengguna sejurus selepas penggunaan beg plastik diumumkan akan diharamkan di Malaysia, iaitu ‘Non-Woven Polyester fabric’ atau lebih dikenali sebagai Recycle Bag atau Eco Bag telah melimpahi pasaran Malaysia. Ringan, murah, berwarna-warni, senang disimpan serta mudah dicetak dengan jenama syarikat menyebabkan bag ini mendapat sambutan hangat. Untuk pengetahuan orang ramai dan bukannya secara mendalam, Polyester sudah terang-terang menyatakan bahawa beg tersebut dihasilkan daripada Plastik. Benang organik seperti kapas dan sutera perlu ditenun menjadi bidangan kain sebelum dihasilkan kepada pakaian dan lain-lain. Terjemahan ‘Non-Woven’ ialah tanpa tenun atau tidak ditenun, ini bermaksud kain Polyester ini tidak berasal daripada benang sintetik Polyester tetapi daripada cebisan Polyester di mana urat fiber Polyester adalah lebih pendek dan perlu dihasilkan melalui proses tekan dalam keadaan separa lebur. Produk Non-Woven ini yang sering terdedah kepada pancaran cahaya matahari akan lebih cepat rosak atau berurai kerana kesan ultra ungu. Fabrik ini akan berkecai menjadi serbuk mikroplastik yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu dibuang dengan lebih berhati-hati seperti masukkan dalam Ecobrick atau Tetrabrick supaya tidak mencemari alam sekitar. Produk Non-woven yang terdapat di pasaran selain Recycle Bag adalah produk kotak, pelitup muka dan bahagian penapis udara.  

   

Sumber : https://www.e-coexist.com/posing-as-cloth-non-woven-fabrics-are-plastic/

 

  Graphical user interface

Description automatically generated

Sumber : http://www.kwdyeingmachine.com/non-woven-fabrics/china-direct-supplier-ordinary-non-woven-fabric-for-face-mask.html

https://www.ehuahao.com/pp-non-woven-fabric/spun-bond-non-woven-fabric/disposable-non-woven-fabric.html

 

 

Sumber : http://www.ritschelastic.com

Di Malaysia, KLOTH telah ditubuhkan pada tahun 2013 untuk membendung masalah sisa tekstil dibuang ke tapak pelupusan. Kain, baju, beg atau kasut yang dikumpul akan diasingkan kepada gred A, B dan C di mana tekstil A yang masih dalam keadaan yang baik akan didermakan kepada golongan yang memerlukan. Hasil kumpulan gred B akan dikitar semula menjadi fabrik yang baru untuk menghasilkan produk. Gred C pula akan digunakan untuk menghasilkan kain mengelap untuk kerja kilang atau sebagai bahan api. Dalam masa 15 bulan sahaja, KLOTH berjaya mengumpul 360 tan kilogram sisa tekstil dari seluruh Malaysia. Kini, terdapat 280 bin pengumpulan sisa tekstil di seluruh Malaysia. 

The impact of textile production and waste on the environment (infographic)  | News | European Parliament

 Sumber : https://www.europarl.europa.eu/news/en/headlines/society/20201208STO93327/the-impact-of-textile-production-and-waste-on-the-environment-infographic

Setiap kali mana-mana bahan dihantar ke kilang untuk dikitar semula, kualiti hasil produk tidak akan seperti baru, bahan mentah baru perlu dicampur untuk memastikan kualiti terjamin. Seperti kertas dan bahan berserat, setiap kali dikitar semula, serat menjadi semakin pendek dan lemah. Oleh itu, akan menjadi lebih sukar untuk bercantum atau dipintal. Bahan pelekat sintetik perlu dicampur untuk memperkukuhkan penggabungan atau pencantuman untuk menghasilkan produk yang baru. Air adalah salah satu sumber yang tidak boleh diabaikan dalam mana-mana proses kitar semula, pembersihan atau penghasilan produk baru. Andai kata kain pakaian itu masih elok lagi, cubalah untuk guna semula, ikhtiarkan kegunaan lain atau ubahsuai menjadi produk lain yang boleh digunakan untuk menjimatkan tenaga, air dan jejak karbon. 

Untuk mengelakkan lebih banyak beg plastik sekali guna dibuang di tapak pelupusan, pergerakan Sew Cheras, telah diterajui oleh beberapa sukarelawan pada bulan Julai 2021 untuk menjahit beg kain untuk membungkus pek bantuan makanan daripada sisa kain yang dikumpul daripada peniaga kain langsir dan orang ramai. Sehingga bulan Oktober, bilangan beg kain yang dijahit oleh pekerja upahan yang menganggur akibat PKP mencecah 1000 helai dan 200kg sisa kain berjaya dielakkan daripada dihantar ke tapak pelupusan. Dana sebanyak RM1500.00 telah dikumpul untuk membayar tenaga kerja dan dermaan berbentuk barangan juga diterima. Beg kain kemudiannya diedarkan kepada NGO yang menghulurkan bantuan makanan sama ada orang tempatan atau pelarian di bawah lindungan yang terpaksa ikat perut berikutan PKP yang berpanjangan dan tidak dapat bekerja. Produk Sew Cheras tidak terhad kepada beg kain kerana misi Sew Cheras adalah untuk mengurangkan kebergantungan orang ramai kepada Plastik dan barangan sekali guna dan membanjiri pasaran dengan produk kain. Sew Cheras akan menghasilkan lebih banyak produk berasaskan kain untuk menolong golongan yang memerlukan secara lestari, mengurangkan sampah plastik dan sisa kain, mengurangkan beban tapak pelupusan serta menghidupkan kembali industri desa dan budaya tradisional yang tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar.

May be an image of text May be an image of text

A picture containing indoor, messy, clothes, several

Description automatically generated A picture containing indoor, floor, bedclothes, several

Description automatically generated

Sumber : Facebook Sew Cheras, https://www.facebook.com/MySustaZenFabric

Satu beg kain atau bahan yang boleh diguna semula berulang kali adalah lebih baik daripada beg plastik sekali guna yang berwarna-warni tetapi jangka hayatnya singkat sahaja. Pelbagai sumber dan kos telah digunakan untuk menghasilkan setiap produk dengan fungsi masing-masing sama ada produk tersebut untuk kegunaan seketika atau tempoh yang lama. Sudah pasti produk plastik yang dibuang ke tapak pelupusan akan memakan masa beratus tahun untuk urai kembali ke bentuk yang paling asli iaitu minyak korekan dari dalam tanah. Utamakanlah pembelian, pembuatan dan penggunaan beg yang bertahan lama dan boleh diguna berulang kali untuk tahun-tahun akan datang. 

Is Silicone a Safe Alternative to Single-Use Plastics?

Sumber : straitstimes.com

 

#MOJOKitabySM, #SuaraMasyarakat, #CommunityVoices, #sustainability #kelestarian #benderaputih #hargaisumber #sikapsederhana #cintaialamsekitar #pencemarantekstil #kesanrevolusiindustri #utamakankelestarian #pelupusansampahharam #sampahkimia #fashionsustainability #illegalgarbagedisposal #fastfashion #fashionpollution #MalaysiaTrashyTalk #GenerasiPeduliSampah #SampahKitaTanggungjawabKita #9R #CircularEconomy #SewCheras #kemanusiaan #begkain #bantuanmakanan #sosial #golonganimpakPKP #biarsampahsatukanMalaysia

Kandungan MOJO ini dihasilkan dengan sokongan kewangan European Union. Kandungannya adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan European Union, Internews, atau SOLS 247 atau NGOhub.

Share