Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia

Persons With Disabilities

Header pertis logo

About PERTIS merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk meningkatkan syiar Islam dalam kalangan OKU Penglihatan Islam. Satu-satunya NGO OKU Islam yang mendapat kelulusan daripada KDN untuk menerbitkan naskhah Al-Quran Braille di Malaysia

Nama penuh persatuan ini ialah Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada bulan Ogos 1996.

Pada 25Mei 2013 bersamaan 15 Rejab 1434H, persatuan ini telah mengadakan mesyuarat agungnya kali ke-18.

Persatuan ini juga bersifat kebangsaan. Justeru setakat ini ia mempunyai cawangannya di 5 buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah.

Persatuan ini sememangnya sedang meluaskan cawangannya di negeri-negeri lain. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada permintaan golongan sasar di negeri-negeri berkenaan.

Persatuan ini ditadbir oleh badan yang dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK Pusat). Untuk senarai penuh dan terkini AJK Pusat PERTIS, sila rujuk lampiran.

Setiap AJK Pusat pula akan mengetuai jawatankuasa kecil yang dikenali sebagai Biro dan boleh melantik AJK Kecil untuk setiap biro.

PERTIS di peringkat negeri pula ditadbir oleh 6 ahli jawatankuasa PERTIS peringkat negeri yang diketuai oleh pengerusi (untuk senarai lengkap, sila rujuk lampiran).

Pada masa ini, ibu pejabat PERTIS pusat mempunyai 5 orang kakitangan. Untuk senarai kakitangan, sila rujuk lampiran.

Yang Berbahagia Datuk Zamani bin Sulaiman (Setiausaha Dewan Negara, Parlimen Malaysia) merupakan Penasihat kepada persatuan ini.

2.11 Untuk memastikan maklumat terkini sampai kepada pengetahuan ahli dan masyarakat, maka persatuan telah menyediakan talian info yang boleh diakses 24 jam sehari. Info yang diketengahkan akan bertukar setiap minggu. Talian Info yang dimaksudkan ialah 03-40223950

Tahun ditubuhkan: 1996

Anugerah: Anugerah Khas Maulidur Rasul 1434H/2013M

Produk

  1. Al-Quran Braille
  2. Tafsir Al-Quran pimpinan Ar-rahman
  3. Muqaddam Braille
  4. Iqra' Braille
  5. Hadith 40 Braille
  6. Kitab-kitab agama Braille


MYR 0.00

0

Total Funds Raised

Campaigns



Spread the love


pertismalaysia@gmail.com

03-40212631, 03-40322631

NO. 32A, JALAN 6/21D, TAMAN IBUKOTA, GOMBAK, 53100 KUALA LUMPUR

Gombak