Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)

Support Group

Placeholder

Apa Itu PEMADAM? PEMADAM adalah singkatan dari PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan DADAH, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan DADAH dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi DADAH. PEMADAM berperanan mendidik masyarakat melalui penyebaran maklumat serta bekerjasama dengan semua pihak di samping memberi khidmat nasihat dalam menghadapi masalah penyalahgunaan DADAH. PEMADAM: NGO yang Proaktif, bertindak secara Efektif, mampu memberi Maklumat yang tepat, kepimpinannya Amanah serta bersikap Dinamik, Mementingkan Agama dan berjiwa Merdeka daripada bahana DADAH Objektif 1. Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan DADAH yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk. 2. Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan DADAH dan untuk membantu bekas-bekas penagih DADAH melalui JAGAAN LANJUTAN. 3. Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan DADAH dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan DADAH serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. 4. Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.


MYR 0.00

0

Total Funds Raised

Campaigns



Spread the love


pemadamhq@gmail.com

603-20941190

PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA (PEMADAM), NO. 8 Jalan Ledang,

Kuala Lumpur