PERSATUAN EMPAYAR KEBAJIKAN MALAYSIA (EMPIRE PROJECT)

Children

Header empire merdeka 101

SERVICE SCHEDULE

Service Schedule Location
Meals Every third Saturday of the Month at 10 pm Bangkok Bank 
Every third Saturday of the Month at 8 pm Chow Kit 
Every third Saturday of the Month at 8 pm  Maybank & Kota Raya

 

EMPIRE PROJECT 

PROFILE
Empire Project merupakan badan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan nama Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (EMPIRE PROJECT) pada 4 March 2016 No pendaftaran PPM-004-14-04032016

RINGKASAN
Empire Project telah beroperasi sejak empat tahun yang lepas sebagai individu bebas menjalankan aktiviti berkebajikan di Kuala Lumpur bermula dengan aktiviti asas iaitu Street Feeding atau memberi makan buat para gelandangan. Dari setahun ke setahun, kami terus mencari peluang bagi menambah baik aktiviti-aktiviti kami. Sebelum ini, hanya Street Feeding yang kami jalankan setiap bulan. Namun kini, Empire Project telah menerokai dan menjadi perintis kepada beberapa aktiviti unik lain termasuklah Homeless ‘Selipar’ Project, Street Birthday Party, Empire ‘Sarong’ Project, Empire Food Bank, Project Pencil, Empire Backpack dll.

PERANCANGAN
Empire Project juga mempunyai perancangan jangka panjang bagi membantu para gelandangan di Pusat Transit Gelandangan serta Anjung Singgah. Selain itu, kami juga akan cuba membantu anak-anak warga gelandangan dan keluarga miskin bandar di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapat pendidikan yang lebih baik demi masa hadapan mereka.

RINGKASAN
Empire Project akan sentiasa menerokai peluang-peluang bagi mencipta keunikan dalam kebajikan. Kami ingin terus memupuk nilai-nilai kreatif serta praktikal dalam membantu masyarakat yang memer-lukan dan tidak hanya tertumpu kepada pemberian makanan dan minuman sahaja. Dengan ini, kita bukan sahaja dapat membawakan pengalaman membuat kebajikan yang lain dari yang lain, tetapi lebih penting sekali, kita harap dapat mengisi kekosongan yang tidak diterokai NGO lain.

#empireproject


MYR 465.00

0

Total Funds Raised

Campaigns



Spread the love


empireproject37@gmail.com

-

C-3-9 Block C Jalan 3/23D, Taman Danau Kota

Setapak

Campaigns by this NGO