Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Government Agency

Attention:  Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan is a government agency. This operation is not registered as a non-governmental organization.

 

SERVICES SCHEDULE 

Please contact the organization for details about the services provided at 03-8000 8000

 

Visi

Mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan selaras dengan Wawasan Negara. 

Merealisasikan suasana kehidupan yang selesa dan sejahtera melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.

Misi

Merealisasikan Agenda Pembangunan Negara melalui program perumahan, perkhidmatan perbandaran dan kebombaan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.

Matlamat

Kementerian berprestasi tinggi dan berorientasikan keberhasilan demi kesejahteraan rakyat

Fungsi: 

1. Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan serta mengawal selia aspek pemajuan perumahan.

2. Membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, kemudahan sosial dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk serta meningkatakan peluang ekonomi yang seimbang.

3. Memberi perkhidmatan pencegahan dan pemadaman kebakaran serta penyelamatan yang cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda.

4. Menasihati kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara-perakara berkaitan perancangan, pengurusan, pemajuan dan pemuliharaan tanah selaras dengan sistem perancangan fizikal negara. Menyediakan dasar dan khidmat nasihat perancangan, pelaksanaan dan pengurusan landskap, taman dan rekreasi bagi PBT dan agensi kerajaan.

5. Menyediakan dasar, sistem dan kawal selia terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.

6. Memaju dan mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai di seluruh negara.


MYR 0.00

0

Total Funds Raised

Campaigns



Spread the love


pro@kpkt.gov.my

03-8000 8000

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, NO. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Putrajaya