Advocacy

Konvensyen Suri 2020 : Young Housewives Support Group and Empowerment to Contribute to the Society

by Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

MYR 0.00

Raised of MYR 25,000.00 target.


0

0%

Over 3 Years

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


Setelah membuat kaji selidik terhadap 250 surirumah muda di Malaysia, kami mendapati kebanyakan mereka menghadapi situasi yang sama iaitu ketiadaan kumpulan sokongan yang tepat untuk mengembangkan potensi diri mereka sebagai seorang surirumah.

Perkara ini telah menjadi punca terhentinya kreativiti dan potensi seorang surirumah. Pada jangka masa panjang ia menjadi punca tekanan  dalam diri mereka dan mengakibatkan suasana rumahtangga dan suasana sosial yang kurang harmoni.

Hal ini adalah sangat tidak sihat memandangkan 44% wanita di Malaysia adalah surirumah, dan setiap daripada mereka menguruskan anak anak berumur 0-6 tahun sepenuhnya sendiri. Umur anak 0-6 tahun adalah umur paling penting dalam pembentukan karakter dan emosi yang baik. Anak yang dipupuk dengan emosi yang stabil pada umur ini akan membentuk barisan pemimpin Malaysia yang lebih berdaya maju dan stabil emosi serta akan memiliki karakter yang lebih utuh, tunggak masa depan negara Malaysia yang lebih padu.

Jadi, adalah sangat penting untuk kami sediakan kumpulan sokongan ibu suri rumah muda yang tepat, agar diri dan keluarga mereka lebih terjaga. Surirumah tunggak kemajuan sesebuah keluarga. Keluarga sejahtera adalah asas masyarakat dan negara yang lebih produktif.

THE SOLUTION


Kami telah melaksanakan beberapa aktiviti khas untuk suri rumah yang kami percaya telah menjadi kan suri rumah lebih berketerampilan, lebih berdaya maju, lebih bersemangat di dalam pelaksanaan tanggungjawab di rumah mahupun di luar rumah. 

Antara aktiviti yang telah kami jalankan ialah:

  1. Menyediakan kelas kemahiran yang menepati kemampuan suri (minima yuran dan nurseri disediakan)
  2. Menjalankan ceramah daripada pakar dalam bidang tertentu khas untuk suri menambah ilmu berkaitan
  3. Menjalankan aktiviti playgroup berkala setiap bulan untuk anak anak suri bagi membantu perkembangan sosial dan kemahiran lain melalui program bertemakan read aloud dan sensory play

Setelah 2 tahun melaksanakan program ini secara berkala, kami telah membuat kaji selidik semula dimana kami mendapati hasil yang sangat positif di mana mereka merasakan diri mereka lebih dihargai, mempunyai kumpulan sokongan yang tepat dan lebih produktif dalam menjalankan tugas seharian di rumah mahupun kerja sukarelawan di luar rumah.
 

THE IMPACT


Bagi meluaskan lagi projek kami kepada kawasan diluar Bangi dan Kajang, kami telah merancang untuk melaksanakan Program Konvensyen Suri 2020 pada 4 April 2020, di Bangi Convention Center. 

Melalui program ini kami berhasrat untuk  mengumpulkan 300 orang surirumah muda di seluruh Malaysia. Melalui medium ini, jaringan sosial akan terlaksana dari pelbagai negeri dimana ini akan menjadi titik permulaan untuk perluasan kawasan dan dapat membantu golongan suri rumah muda di kawasan lain juga.

Kaedah yang sama akan digunakan, dilaksanakan dan direkodkan semua data dan laporan keberkesanan bagi penilaian impak program. 

Goal Breakdown

Goal 1 - Sewa dewan dan makan(RM50x300 orang). Amount Needed: MYR15,000.00

Goal 2 - Cenderamata dan sijil peserta (RM15x300peserta). Amount Needed: MYR4,500.00

Goal 3 - Bayaran panel, petugas dan keperluan nurseri . Amount Needed: MYR5,500.00

Beri sumbangan anda seikhlasnya bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program Konvensyen Suri 2020 April ini. Bersama kita melakar sejarah program besar-besaran pertama di Malaysia khas untuk memperkasa golongan suri rumah muda di Malaysia..

MYR 0.00

Raised of MYR 25,000.00 target.


0

0%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


About the Organization/Project behind this Campaign

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia


Visi kami adalah menjadi platform pemberdayaan surirumah muda di Malaysia. Bagi mencapai visi ini, misi yang kami bawa ialah menerajui pemberdayaan surirumah muda yang berkemahiran dan berketerampilan. Misi kedua ialah mengajak dan membimbing surirumah muda untuk berperanan dalam masyarakat.