Header hujj

MYR 210.00

Raised of MYR 100,000.00 target.


8

0%

Over 4 Years

Donors

Funded

Left


LATAR BELAKANG EKSPEDISI


 

Surah Muhammad; Ayat 10

"Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut  jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu."

Ayat di atas menerangkan tentang bahawa setiap ciptaan-Nya pasti ada kegunaan. Setiap yang kita lalui dan temui juga pasti ada hikmah. Yang paling Dia mahu kita tengok ialah kesan tinggalan orang-orang terdahulu yang musyrik, iaitu apa yang berlaku kepada orang-orang yang bongkak, sombong, dan mendustakan Dia".

Kayuhan Ke Mekah bertujuan dengan niat untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah pada tahun 2020 dengan mengayuh basikal selama sembilan bulan. Misi ekspedisi ini ialah untuk menyuntik semangat dalam kalangan generasi belia dan warga emas beragama Islam di Malaysia untuk berani melakukan aktiviti berfaedah yang tidak bercanggah dengan nilai dan ajaran Islam dalam usaha untuk mengharumkan nama Malaysia. 

4 peserta warga emas berumur 72 tahun hingga 51 tahun akan berkayuh dari Malaysia hingga ke Mekah melalui 8 buah negara seperti Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, UAE, Arab Saudi dan penamatnya di Mekah merangkumi jarak perjalanan sejauh 11,394km.

Ekspedisi ini dijangkakan mengambil masa selama 9 bulan. Para peserta ekspedisi akan berkayuh juga untuk pulang ke Malaysia selepas selesai mengerjakan ibadah. 

Ekspedisi ini juga merupakan satu madah kepada mereka untuk mengumpul dana dan memberi khidmat bakti kepada 5 Rumah Warga Emas di seluruh Semenanjung Malaysia. Mereka berhasrat untuk memberi inspirasi dan memperkasakan rakan-rakan warga emas yang lain untuk menjadi produktif dan sihat seperti mereka juga. Mesej yang ingin disampaikan ialah warga emas masih mempunyai potensi dalam diri mereka dan perlu ditonjolkan kepada masyarakat. 

LATAR BELAKANG PESERTA


Ekspedisi ini akan disertai oleh 4 orang peserta iaitu:

1) Che Saad bin Nordin - Beliau berumur 68 tahun dan merupakan Ketua Ekspedisi ini, seorang bekas wartawan sambilan di akhbar Utusan Melayu dari tahun 1982 hingga 1992. Beliau mempunyai pengalaman berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak 8 kali dengan jarak merangkumi 20,000 KM. 

2) Muhamed bin Zainal Abidin - Beliau berumur 62 tahun dan juga merupakan bekas wartawan akhbar Berita Harian dari tahun 1982 hingga 2017. Mempunyai pengalaman berkayuh sejauh 12,000 KM dan dengan kebolehan beliau menguasai 6 bahasa, beliau merupakan aset terpenting di dalam Ekspedisi ini. 

3) Abdul Halim bin Talha - Beliau berumur 51 tahun dan bertugas sebagai Pembantu Penyelidik di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM). Beliau pernah menyertai pelbagai kejohanan berbasikal dan sangat berpengalaman dalam selok belok dunia berbasikal. 

4) Wan Hashim bin Wan Mahmood - Beliau berumur 72 tahun dan berasal daripada Kota Bharu Kelantan. Beliau telah diiktiraf sebagai Pengayuh Basikal Solo paling veteran mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak 7 kali. Beliau juga mempunyai 5 rekod daripada Malaysia Book of Record dengan rekod berbasikal sudah melebihi 65 000 KM 

5) ZULHISHAM BIN ABDULLAH- Beliau berumur 56 tahun dan berasal daripada Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang Pesara di Majlis Perbandaran seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau aktif berbasikal sejak tahun 1990an,Pengalaman berkayuh mengelilingi Semenanjung Malaysia dan juga Pengalaman berkayuh touring lebih daripada 40,000 km;

6) ZAIDI BIN BAHARUDIN - Beliau berumur 49 tahun dan seorang Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beliau pernah menyertai mengayuh basikal mengelilingi Semenanjung Malaysia pada tahun 2015 dan juga mengayuh basikal dari Bangkok, Thailand ke Malaysia pada tahun 2017 

7) SITDEK BIN AHMAD ALI - Beliau berumur 61 tahun dan juga merupakan seorang Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mempunyai pengalaman berjalan kaki sejauh 96 km dan dengan kebolehan beliau berkayuh touring lebih daripada 50,000 km. 


Untuk menjayakan ekspedisi ini, mereka memerlukan pelbagai peralatan :

  1. Passpot dan visa

  2. Tiket kapal terbang bagi negara yang tidak boleh dilalui melalaui jalan darat

  3. Basikal

  4. Alat ganti basikal

  5. Pakaian sesuai untuk cuaca sejuk dan panas

  6. Stok makanan kering

  7. Alatan bermalam seperti khemah dan beg tidur

  8. Alatan komunikasi pandu arah seperti GPS

  9. Alatan keselamatan berbasikal (safety vase, first aid kit, lampu hadapan dan belakang)

  10. Program pemerkasaan warga emas di rumah warga emas terpilih


Berikut ialah informasi mengenai peta perjalanan merangkumi jarak perjalanan dalam negara yang terlibat:

Malaysia (385 KM) - Thailand (1590 KM) - Myanmar (1504 KM) - Bangladesh (573 KM) - India (2857 KM) - Pakistan (1522 KM) - Iran (957 KM) - UAE (959 KM) - Saudi Arabia (1432 KM)

Jumlah jarak perjalanan ialah 11,394 KM.

IMPAK


Di sepanjang ekspedisi ini yang berlangsung selama 9 bulan, keempat-empat peserta akan melakukan pelbagai kerja amal jariah seperti membersihkan masjid di kesemua 8 negara yang mereka jelajahi. Impak yang diberikan daripada ekspedisi ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, tetapi juga membuka mata orang ramai di luar sana akan kemurahan hati rakyat Malaysia. Keempat-empat warga emas ini ingin membuktikan kepada 1) warga emas bahawa usia emas mereka sepatutnya digunakan untukterus berbakti kepada bangsa,agama dan negara. 2) para belia Malaysia bahawa mereka sepatutnya sedar akan potensi diri mereka dan berusaha untuk mencabar diri mereka melakukan sesuatu yang mustahil di mata dunia.

Sokongan semangat dan sokongan kewangan amat diperlukan untuk mereka menjayakan misi kayuhan yang disertai empat warga emas boleh menjadi kebanggaan kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia dalam usaha membuktikan 'Warga Emas Boleh'. 

BACKGROUND OF THE EXPEDITION


Surah Muhammad - Verse 10

"Have they not traveled through the earth and seen what was the end of those before them? Allah destroyed them completely, and a similar [fate is in store for] disbelievers."

The above verse explains that every creation of Allah has its use. Whatever that we passed through and encounter will have its blessing. What is important is Allah wants us to see and reflect on the remnant of previous civilisation who disobey him.".

Kayuhan ke Mekah (Cycling Expedition to Mecca) is aiming to go to the holy land of Mecca in 2019 by cycling for 9 months. The mission is to encourage muslim Malaysian youth and elderly to do meaningful activities that are not opposed to the virtues and values of Islam, in an effort to make Malaysia better known to the world.

4 elderly cyclists aged between 51 to 72 years will cycle from Malaysia until Mecca passing through 8 countries;Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, UAE, Saudi Arabia and ending in Mecca covering 11,394km!

This expedition is expected to take 9 months. The 4 elderly will cycle the way back as well, after they finished performing Hajj.

This expedition also serves to crowdfund and serves 5 elderly homes across Peninsular Malaysia. The cyclists intent to inspire and empower their elderly friends to be productive and healthy like them. The message that they would like to convey is even the elderly still have potential in themselves and it need to be shown to the society.


BACKGROUND OF THE PARTICIPANTS


The 4 brave Malaysian eldery are:

1) Che Saad Nordin - aged 68 years old and the head of this expedition. He is a former journalist at Utusan Melayu newspaper from 1982-1992. He has cycled around Peninsular Malaysia 8 times with distance of over 20.000km.

2) Muhamed bin Zaino Abidin - aged 62 years old and also a former journalist at the Berita Harian newspaper from 1982 until 2017. He has cycled over 12.000km and with the ability to speak 6 different languages, he is an important asset to this expedition.

3) Abdul Halim bin Talha - aged 51 years old and works as a Research Assistant in Forest Research Institute of Malaysia (FRIM). He has participated in various cycling championships and is very experienced in the world of cycling.

4) Wan Hashim bin Wan Mahmood - aged 72 years old and originate from Kota Bharu, Kelantan. He has been recognised as the most veteran Solo Cyclist cycling around Peninsular Malaysia for 7 times. He also holds 5 records in the Malaysia Book of Records with a cycling record of 65.000km.


The items that are needed for the expedition:

  1. Visa and Passport

  2. Flight ticket for the country that can not be travel using land

  3. Bicycles

  4. Bicycle’s spare part

  5. Suitable clothing for hot and cold climate

  6. Dry food stock

  7. Camping equipment

  8. Navigation devices such as GPS

  9. Bicycle safety equipment (safety vase, first aid kit, front and back light)


The daunting route:

Malaysia (385 KM) - Thailand (1590 KM) - Myanmar (1504 KM) - Bangladesh (573 KM) - India (2857 KM) - Pakistan (1522 KM) - Iran (957 KM) - UAE (959 KM) - Saudi Arabia (1432 KM)

Total distance travelled would be 11,394km.


IMPACT


During the expedition, which will last for 9 months, the 4 participants will do all kinds of charity work, such as cleaning mosques. The impact of this expedition is not only to better the image of Malaysia but also to emphasise on the generosity of Malaysian culture and true Malaysian beauty. These 4 Pakciks want to prove to 1) other elderly that they should use their golden age to keep serving the country. 2) the Malaysian youth that they should realise their potential and strive to challenge themselves doing something that is deemed impossible to other people.

The spiritual and financial support are very much needed for them to do this cycling expedition and become the nation’s pride.

LET’S SUPPORT KAYUHAN KE MEKAH!

JOM jayakan KAYUHAN KE MEKAH 2020!

MYR 210.00

Raised of MYR 100,000.00 target.


8

0%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 10.00

15/01/2019
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 10.00

03/01/2019
Anonymous Donor
All the best Pakcik!

Amount Donated

MYR 50.00

01/01/2019
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 10.00

27/12/2018
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 50.00

18/12/2018
Anonymous Donor

About the Organization/Project behind this Campaign

Kembara Berbasikal Ke Mekah


Misi KEMBARA BERBASIKAL KE MEKAH "MEMBURU HIDAYAH 2020" adalah unyuk mengerjakan ibadah haji tahun 1441 H bersamaan tahun Masihi 2020. Ekspedisi ini akan dimulakan dengan kayuhan basikal pada 1 Januari 2020 dari Kuala Lumpur ke beberapa buah negara seperti Thailand, Myammar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, UAE Arab Saudi hingga ke Mekah Al-Mukarammah. 

Perjalanan kayuhan sejauh 11,500 km dijangka mengambil masa selama 6 bulan dan disertai oleh 9 orang yang berumur linkungan 40 tahun ke 74 tahun. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Che Saad bin Noordin di talian +6019-4920006.