Health

Infaq Pembangunan Klinik Untuk Ummah

by Yayasan Al Baghdadi

MYR 47.28

Raised of MYR 500,000.00 target.


3

0%

About 1 Month

Donors

Funded

Left


Kes Sokongan Projek

Infaq Pembangunan Klinik Usraa Al Baghdadi

 

Pengenalan Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM)

Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM) dibangunkan dengan hasrat mencapai tiga matlamat. Pertama, untuk memberikan pendidikan al Quran menggunakan Teknik Al Baghdadi secara PERCUMA kepada Anak Yatim, Saudara Baharu dan Orang Asli di seluruh negara. Kedua, menjalankan aktiviti bagi tujuan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan belajar dan mengajar al Quran, dan ketiga, menjalinkan kerjasama dengan pelbagai institusi bagi menjayakan program Membasmi Buta al Qur’an di seluruh negara.

Setelah 12 tahun ditubuhkan, YABM terus giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan, terutamanya program membasmi buta al-Qur’an untuk golongan kurang berkemampuan seperti orang asli, saudara baharu dan anak yatim. Lebih 30,000 orang telah menerima manfaat melalui hasil sumbangan orang ramai ke tabung pendidikan YABM menerusi program pendidikan al Quran secara percuma. Bagi program kemasyarakatan dan kemanusiaan pula, lebih 142 program telah dianjurkan melibatkan hampir 4251 anak yatim, 1706 saudara Baharu, dan 1126 orang asli di seluruh negara

 

Mengapa YABM Perlukan Sokongan Anda

Sehingga kini, YABM masih tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan stabil bagi melaksanakan program yang lebih agresif dan berdaya saing. YABM hanya mengutip dana sumbangan setiap kali program dijalankan. Ini memberti kesan kepada masalah serta kekangan kewangan dalam uasaha YABM menguruskan program-program berkenaan.

Malah, rekod YABM menunjukkan bahawa pada awal bulan Januari hingga Ogos 2023, peratusan orang ramai yang menyumbang kepada tabung Pendidikan YABM telah menurun sebanyak 45% berbanding pada bulan yang sama pada tahun 2022. Ini tentunya menimbulkan kebimbangan serta kerisauan kepada YABM yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada dana orang awam untuk kelangsungan gerak kerja program-program dakwah dan program Pendidikan al-Qur’an percuma untuk masyarakat.

Sementara itu, kadar kemerosotan pembelajaran dan pengajaran al-Qur’an semakin ketara. Kajian yang dijalankan oleh Prof. Dato’ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff, Univeristi Malaya mendapati bahawa 38.2% pelajar sekolah menengah adalah buta huruf al Qur’an. Malah lebih merisaukan lagi apabila dapatan kajian daripada Universiti Malaysia Kelantan mengesahkan bahawa tahap kebolehan membaca al-Qur’an dalam kalangan pelajar univerisiti di Fakulti Bahasa Arab masih berada pada tahap rendah.

Peratusan sumbangan yang semakin menurun dan kemerosotan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an secara berterusan akan memberi dua implikasi besar. Pertama, pelaksanaan pendidikan al-Qur’an secara percuma di seluruh Malaysia mungkin tidak lagi dapat diteruskan. Kedua, generasi kita tidak dapat melaksanakan rukun Islam kedua, iaitu mendirikan solat disebabkan tidak mampu menguasai bacaan al Fatihah yang menjadi rukun dalam solat rentetan kurang pendedahan kepada ilmu al-Qur’an

 

Tindakan Segera YABM

Berdasarkan senario di atas, pihak YABM telah mengambil inisiatif dengan melancarkan projek penubuhan sebuah klinik Muslim patuh Syariah yang dinamakan sebagai Klinik Usraa Al Baghdadi. Klinik ini merupakan projek usaha sama antara Usraa Al Baghdadi Sdn. Bhd. dan YABM. Melalui projek penubuhan klinik ini, YABM akan menerima manfaat daripada hasil keuntungan klinik tersebut bagi tujuan membiayai dana pendidikan al-Qur’an percuma serta program-program kemasyarakatan yang lain.

Berdasarkan rekod pencapaian pendapatan klinik Usraa, lebih RM1 juta telah diperoleh pada tahun 2022. Sementara pendapatan secara bulanan yang direkodkan pada tahun yang sama pula adalah antara RM40,000 hingga RM190,000. Ini membuktikan bahawa, perkhidmatan klinik Usraa yang mengkhusus dalam kepakaran kulit telah mendapat sambutan yang tinggi, dan menggalakkan dalam kalangan masyarakat setempat.

Oleh itu, pelaburan YABM dalam sektor ini bukan sahaja akan memberikan potensi keuntungan kepada YABM, tetapi juga kepada masyarakat setempat. Ini kerana klinik Usraa menawarkan kepakaran kesihatan kulit dengan harga yang berpatutan. Sekaligus, ini membuktikan bahawa pentingnya keperluan sektor kesihatan dalam memastikan kesejahteraan rakyat, dan sumbangannya kepada kestabilan ekonomi.

Bagi mencapai matlamat ini, YABM telah menjalankan serta melaksanakan usaha dengan pendekatan yang pelbagai. Antaranya, beberapa perkongsian pintar sedang diterokai termasuk usaha amal, pemberian korporat, sumbangan daripada individu dan hadiah daripada yayasan serta komuniti tempatan. Bagi menjayakan hasrat murni ini, YABM menjemput semua pihak yang berkaitan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan berorientasikan penyelesaian berterusan bagi mencapai hasrat murni di atas.

 

Tempoh Masa dan Dana yang Diperlukan

Bagi mencapai matlamat semasa dan masa hadapan, YABM memerlukan;

  • Jumlah Dana sebanyak RM500,000; dan
  • Kutipan Dana ini mengambil masa selama lima bulan, mulai 1 Oktober 2023 hingga 28 Mac 202
 
Bagaimana Anda boleh Menyokong Visi Yayasan Al Baghdadi Malaysia

Jom bantu YABM merealisasikan projek ini demi kemashlahatan masyarakat seterusnya menjayakan misi dan visi YABM dalam membasmi buta al-Quran khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.

Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun:

  • Yayasan Al Baghdadi
  1. Maybank : 5624 0560 3346
  2. Bank Islam : 1222 501000 3186
  3. Affin Bank : 1056 1000 3871

Anda boleh masukkan reference: Infaq Klinik

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website YABM yayasanalbaghdadi.org atau infaqyayasan.com atau boleh hubungi pegawai bertugas YABM di 019 278 5747 (Cik Rina) untuk sebarang pertanyaan.

 

 

Goal Breakdown

Goal 1 - . Amount Needed: MYR

Goal 2 - . Amount Needed: MYR

Goal 3 - . Amount Needed: MYR

Donate Now

MYR 47.28

Raised of MYR 500,000.00 target.


3

0%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 26.63

14/03/2024
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 10.65

17/01/2024
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 10.00

17/01/2024
Anonymous Donor
Sending lots of Love!?!

About the Organization/Project behind this Campaign

Yayasan Al Baghdadi


Visi Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM)

Visi Yayasan al-Baghdadi Malaysia (YABM) dibangunkan dengan hasrat mencapai tiga matlamat. Pertama, untuk memberikan pendidikan al Quran menggunakan Teknik Al Baghdadi secara PERCUMA kepada Anak Yatim, Saudara Baharu dan Orang Asli di seluruh negara. Kedua, menjalankan aktiviti bagi tujuan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan belajar dan mengajar al Quran, dan ketiga, menjalinkan kerjasama dengan pelbagai institusi bagi menjayakan program Membasmi Buta al Qur’an di seluruh negara.

 

Sejarah Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM)

YABM telah mula beroperasi secara rasmi pada 16 September 2011 bagi mencapai tiga matlamat penubuhannya seperti yang telah ditetapkan. Secara umumnya, dua tujuan pendanaan YABM adalah membiayai pengajian Al Quran secara khusus, dan menjalankan program kemasyarakatan serta kemanusiaan untuk golongan kurang berkemampuan. Program kemasyarakatan serta kemanusiaan antaranya adalah Infaq al-Qur’an, Infaq Barang Dapur, Infaq Food Pack dan Infaq Ambulans.

Setelah 12 tahun ditubuhkan, YABM terus giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan, terutamanya program membasmi buta al-Qur’an untuk golongan kurang berkemampuan seperti orang asli, saudara baharu dan anak yatim.

Sehingga kini, lebih 30,000 orang telah menerima manfaat melalui hasil sumbangan orang ramai ke tabung pendidikan YABM menerusi program pendidikan al Quran secara percuma. Bagi program kemasyarakatan dan kemanusiaan pula, lebih 142 program telah dianjurkan melibatkan hampir 4251 anak yatim, 1706 saudara Baharu, dan 1126 orang asli di seluruh negara.

Di samping itu, YABM juga telah melahirkan lebih 200 orang pelajar tadika Al Baghdadi yang boleh menguasai bacaan al-Quran seawal usia 6 tahun. Ini membuktikan tahap keberkesanan Teknik Al Baghdadi bagi pembelajaran al-Qur’an terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

 

Apa Yang Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM) Lakukan 

Gagasan utama Yayasan Al Baghdadi adalah untuk membasmi buta al-Quran, sekaligus meluaskan lagi penyebaran dakwah, dan kalamullah terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan. YABM mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam memperkenalkan teknik yang inovatif dan berkesan dalam pembelajaran al-Quran. Hal ini telah disokong dan disambut baik oleh para ilmuwan Islam seperti Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan), Dato’ Haji Mohd Tahrir Dato’ Kiyai Haji Samsudin (Mantan Mufti Negeri Johor), Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor (Mantan, Mufti Negeri Pulau Pinang), Dato’ Sri Abdul Rahman Othman (Mantan Mufti Negeri Pahang), dan Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria (Mantan Mufti Negeri Perak).

Selain itu, pelbagai kajian telah dijalankan berkenaan keberkesanan Teknik al Baghdadi dalam sistem pendidikan al-Quran. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Usuluddin, Univerisiti Malaya misalnya, mendapati bahawa teknik Al Baghdadi mempunyai tahap keupayaan yang lebih tinggi dari aspek menyebut huruf Hijā’iyyah dan tanda baris, membaca perkataan dan ayat al-Qur’an serta berkeupayaan menguasai hukum tajwid berbanding teknik Iqra’.

Tambahan lagi, teknik Al-Baghdadi juga dapat memudahkan pengajaran guru kerana murid dapat menguasai mata pelajaran dalam masa yang singkat dan dapat membentuk disiplin bacaan, sekaligus merangsang kemahiran dan tumpuan sepenuhnya. Teknik ini juga sesuai untuk diaplikasikan kepada semua lapisan umur daripada peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. Dapatan ini diperolehi hasil kajian oleh Noornajihan Jaafar, Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Kejayaan Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM)

Hasil kesungguhan dan usaha keras dalam menyempurnakan pelbagai inisiatif ini, YABM dengan kerjasama Al Baghdadi Group Sdn Bhd telah berjaya merangkul pelbagai anugerah termasuk Anugerah Malaysia Books of Records bagi,

  • The Largest Quranic Learning Centre,
  • The Largest Quranic Tahfiz Centre,
  • The First Quranic Prenatal Program,
  • The First Qurnic Tahfiz Module, dan
  • The First Professional Quranic Education Teachers Program.

Selain Itu, pelbagai anugerah lain turut dirangkul seperti,

  • Prestigious Achievement Award in Education and Training Industry,
  • Anugerah Kepimpinan Industri Pendidikan Al Quran, dan
  • Award for Education Trendsetter
  • Asia Pacific Outstanding Entrepreneur Lifetime Achievement Award

Anugerah-anugerah yang berjaya dirangkul ini merupakan bukti kesungguhan dan iltizam YABM dan wargakerja Al Baghdadi dalam memartabatkan pendidikan al-Quran ke tahap global, seterusnya membentuk sebuah kerjaya profesional, khususnya dalam pendidikan al-Qur’an.