Advocacy

Tabung Dana Bantuan Krisis Wabak COVID-19

by Persatuan Gerakan Amal Bersama - GRAB

MYR 213.00

Raised of MYR 10,000.00 target.


2

2%

Almost 4 Years

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


Banyak individu dan kumpulan yang terkesan akibat daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan bagi membendung wabak Covid-19 daripada terus menular. Antara kumpulan yang paling terkesan adalah mereka yang menjana pendapatan harian atau mingguan seperti peniaga kecil atau kerja kilang. Penularan wabak Covid-19 pasti menyukarkan mereka untuk mendapatkan keperluan harian seperti makanan apatah lagi sekiranya mereka mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.
 

THE SOLUTION


Prihatin dengan keperluan masyarakat setempat terutama di kawasan utara, Persatuan Gerakan Amal Bersama telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan dengan melancarkan Tabung Dana Bantuan Krisis Wabak Covid-19. 

Bantuan kewangan ini akan disalurkan terus kepada pembekal dan penerima boleh terus mengambil bantuan daripada pembekal.    
 

THE IMPACT


Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 100 buah keluarga yang bernilai RM100 untuk satu keluarga dengan menyalurkan bantuan bekalan makanan terutama bagi menghadapi kesukaran terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. 

Bantuan tersebut akan merangkumi barangan makanan seperti berikut:

Beras - 10kg
Tepung - 2 pek
Gula - 2 pek
Teh - 1 kotak
Kicap - 1 botol
Minyak - 2 pek
Telur - 1 papan 
Sardin - 2 tin 
Susu - 2 tin 
Biskut - 2 pek
Bawang - 1 kg 
Bihun - 1 pek
 

Sumbangan Anda Mampu Meringankan Beban Mereka yang Memerlukan

MYR 213.00

Raised of MYR 10,000.00 target.


2

2%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 106.50

30/03/2020
Rozaini bt Haron

Amount Donated

MYR 106.50

30/03/2020
Anonymous Donor
Semoga pemberian kecil ini dapat meringankan beban penerima.

About the Organization/Project behind this Campaign

Persatuan Gerakan Amal Bersama - GRAB


GRAB berhasrat menjadi sebuah persatuan yang bersistematik serta menpunyai objektif  yang berlandaskan kerja amal. Mensasarkan golongan, fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, pesakit - pesakit kronik, anak yatim yang susah, sebagai individu yang akan mendapat faedah langsung dan diperkasakan di bawah satu pengurusan yang efisyen dan dinamik.

GRAB mengalu-alukan kerjasama dari semua pihak untuk bersama - sama menjayakan gerakan amal bersama. Kami berharap dapat memupuk dan membina masyarakat prihatin dan bekerjasama bantu-membantu sesama insan. Segala sumbangan tenaga,kewangan, sokongan moral dan sebagainya kami dahulukan dengan terima Kasih.