Education

Baju Sekolah Untuk Mereka

by Buku Jalanan chow Kit

Header bjck 1

MYR 4,100.00

Raised of MYR 5,280.00 target.

This campaign is fully Funded!


23

78%

4 Months

Donors

Funded

Left


Donate

THE PROBLEM


 

Kami percaya setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Setiap kanak-kanak berhak untuk belajar membaca, menulis dan mengira dalam persekitaran yang kondusif dan selamat. Anak-anak Chow Kit seharusnya tidak dipinggirkan haknya daripada mendapat pendidikan sama seperti anak-anak lain. Kami di Buku Jalanan Chow Kit berhasrat memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak Chow Kit kerana kami merasakan mereka juga mempunyai potensi diri yang sangat besar. Permasalahan anak-anak ini telah menjadi satu masalah yang besar dan menarik perhatian semua pihak. Tugas membimbing anak-anak ini untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan berpendidikan tidak boleh diserahkan kepada satu pihak sahaja.

Anak-anak Chow Kit tidak mempunyai uniform sekolah yang sesuai untuk dibawa ke sekolah. Ini membawa kepada kurangnya keyakinan untuk mereka bergaul dengan kanak-kanak lain di sekolah dan seterusnya membawa kepada keciciran dalam kehadiran mereka ke sekolah. Kesannya sangat besar apabila anak-anak ini tidak mahu belajar dan terus ketinggalan dalam arus pendidikan yang sangat penting bagi mereka untuk mengubah masa hadapan mereka.

THE SOLUTION


 

 

Untuk itu, projek ini dilancarkan supaya anak-anak ini tidak merasa terpinggir dan bersemangat untuk pergi ke sekolah dan belajar sama seperti kanak-kanak lain apabila menyarung baju sekolah baru.

Dengan pembelian baju sekolah baru untuk anak-anak Chow Kit ini, mereka akan lebih bersemangat untuk ke sekolah dan boleh belajar bersama-sama dengan kanak-kanak lain. Tiada lagi alasan untuk mereka tidak ke sekolah atau keciciran dalam kelas. Mereka boleh belajar seperti biasa dan boleh merasai pengalaman dan peluang berada di bilik darjah sama seperti kanak-kanak lain.

THE IMPACT


 

Dengan hanya penyelesaian ringkas seperti ini mampu untuk mengembalikan semangat seorang anak-anak untuk hadir ke sekolah. Anak-anak ini akan menjadi anak-anak yang sangat gembira dan kita boleh mencungkil potensi diri mereka. Anak-anak Chow Kit yang sangat mudah terdedah ini tidak lagi dipinggirkan dan diharapkan dapat berbakti kepada masyarakat dan komuniti apabila mereka dewasa kelak.

Goal Breakdown

Goal 1 - Baju Kemeja Lelaki. Amount Needed: MYRRM2140

Goal 2 - Seluar panjang Lelaki. Amount Needed: MYRRM1340

Goal 3 - Baju Kurung Perempuan. Amount Needed: MYRRM620

Goal 4 - Kain Sekolah Perempuan. Amount Needed: MYRRM1180

SOKONG KAMI!

MYR 4,100.00

Raised of MYR 5,280.00 target.

This campaign is fully Funded!


23

78%

-

Donors

Funded

Left


Volunteer


Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 210.00

13/08/2018
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 345.00

13/08/2018
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 72.00

13/08/2018
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 89.00

13/08/2018
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 58.00

13/08/2018
Anonymous Donor

About the Organization/Project behind this Campaign

Buku Jalanan chow Kit


We go where the underprivileged children are. And right now, they are in Chowkit. Our role is not only to provide them with education, but to also return to them their sense of pride, sense of Self, their resilience, and to help them discover their own worth and possibilities.