MASALAH PENGANGGURAN DALAM KALANGAN GRADUAN DI MALAYSIA (Kemampuan graduan bertahan dalam syarikat sangat rendah, punca pengangguran)

by NUR AFFIZAH BINTI ROSLAN

Kesukaran graduan bertahan di dalam syarikat dalam tempoh beberapa bulan menyebabkan ada majikan yang tidak berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

Lebih memburukkan, syarikat kecil yang sering menjadi ‘mangsa’ dengan perangai graduan tersebut menyebabkan majikan terpaksa menganggung kerugian selepas mengeluarkan kos latihan bagi memberi peluang mereka memperoleh pengetahuan selok belok dunia perkerjaan serta kemahiran.

Hal ini menyebabkan majikan lebih berminat untuk mengambil perkerja yang lebih berpengalaman yang hampir tidak perlu diberikan latihan dan boleh melakukan kerja dengan serta-merta.

Malah, kenyataan itu turut disokong dengan kemampuan dan kesetian pekerja berpengalaman untuk berada lebih lama dalam sesebuah syarikat yang lebih memberikan pulangan kepada majikan.

Menurut Penolong Pengarah Unit Komunikasi Jabatan Penerangan, Amirul Alif Nasaruddin, lepasan universiti perlu mengubah tahap pemikiran mereka dan menjadi seorang perkerja yang mahu menambah pengalaman dan bukan hanya menjadikan pekerjaan awal sebagai batu loncatan untuk mencari peluang kerja yang lebih baik.

Hal ini kata beliau disebabkan, kajian mendapati sesetengah graduan suka mencari dua atau tiga syarikat dalam setahun untuk berkerja.

“Walaupun baik untuk mencari pengalaman, namun ia akan menimbulkan keadaan negatif pada mereka dalam mencari kerja tetap pada masa akan datang. 

“Graduan ketika dilihat terdesak dengan bebanan hutang yang menyebabkan mereka sanggup berkerja luar bidang demi mendapat wang dan memenuhi kehendak dan keperluan harian,” kata Amirul Alif.

Malah kata beliau, trend melalui portal info SPA juga menunjukkan graduan sanggup memohon kerja dengan menggunakan SPM, STPM atau diploma disebabkan ia lebih banyak memberikan peluang perkerjaan berbanding jika menggunakan ijazah dalam mencari kerja.

Apa pun kata Amirul Alif, kerajaan ketika ini telah melakukan sehabis baik untuk graduan dengan mewujudkan MyStep, bagi membolehkan lepasan universti mencari peluang perkerjaan sesuai kelayakan mereka.

Malah kata beliau, melalui MyStep, kerjasama kerajaan dan swasta banyak membantu memberikan kerja walaupun secara kontrak dengan taraf gaji dan kelebihan diberikan lebih sesuai.

“Kewujudan inisiatif MyStep ini juga banyak membantu usaha kerajaan bagi mengelakkan masalah ini berpanjangan. Walaupun ada graduan yang tidak mendapat kerja, mereka tetap mempunyai peluang  menggunakan inisiatif kerajaan yang lain,” katanya.

Kata Amirul Alif  lagi, seseorang yang ingin melanjutkan pelajaran di mana-mana peringkat pengajian perlu mengkaji ruang dan peluang bagi membolehkan mereka mengisi pekerjaan yang terbentang luas selepas keluar daripada universiti kelak.

 

Kandungan MOJO ini dihasilkan dengan sokongan kewangan European Union. Kandungannya adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan European Union, Internews, atau SOLS 247 atau NGOhub.

Share