Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT)

Persons With Disabilities

Header slide1

Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) ialah sebuah organisasi bantu diri peringkat Negeri yang dikawalselia oleh orang Pekak sendiri. POPT ditubuhkan pada 26 Julai 2000 serta didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftarannya ialah PPM-021-11-26072000.

POPT juga merupakan ahli gabungan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) yang bernaung dibawah World Federation of the Deaf (WFD) . WFD turut bernaung di bawah United Nation (UN). POPT berazam mewujudkan komuniti Pekak yang berwibawa, berdaya saing di bidang pendidikan, sosial, ekonomi dan kerjaya sejajar dengan matlamat Negara.

Objektif utama ialah
1.Membantu menjaga kebajikan dan mencari peluang kemudahan seperti rawatan kesihatan, khidmat kaunseling, pendidikan / latihan dan perundangan untuk OKU pelbagai ketidakupayaan terutama golongan pekak dan bisu.

2.Berusaha mendapatkan peluang kerjaya dan membela nasib mereka untuk keadilan dan kesamaan mendapatkan pekerjaan samaada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta.

3.Pengerak aktiviti sosial serta memberi bimbingan akhlak dan juga pengetahuan berhubung kehidupan dan masyarakat melalui seminar atau kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak Persatuan.

4.Memartabatkan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kepada masyarakat dengan mengadakan program seperti Kelab Bahasa Isyarat Malaysia untuk orang ramai.

5.Membela dan memperjuangkan untuk golongan orang OKU ini bagi mendapatkan hak mereka sebagai seorang rakyat Malaysia.

 


MYR 255.00

0

Total Funds Raised

Campaigns



Spread the love


popt4u@gmail.com

09-6223430

No JKR 430 jalan pandan , pantai batu buruk

Pantai Batu Buruk

Campaigns by this NGO