Education

Kempen Pendidikan Anak Asnaf dan Miskin 2020

by Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

MYR 158.90

Raised of MYR 200,000.00 target.


5

0%

Over 3 Years

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


Tahun 2020 adalah tahun ujian bagi seluruh dunia kerana penularan wabak Covid-19 yang menyerang dan melumpuhkan pelbagai sektor. Kita melihat di Malaysia, bermula 18 Mac telah diperkuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka kesan daripada ini kita dapat melihat sektor pendidikan dan industri ditutup bagi membendung penularan wabak.

Statistik Kementerian Sumber Manusia telah menganggarkan hampir 50 peratus pengganguran berlaku akibat pembuangan pekerja yang semakin meningkat. Dari anggaran 50 peratus ini, rata rata dari mereka adalah golongan berpendapatan B40 dan keluarga miskin. 

Jadi, bayangkan bagaimana mereka nak mulakan kehidupan pasca Covid-19 yang memerlukan sumber kewangan untuk pendidikan anak mereka serta keperluan isi rumah?

THE SOLUTION


Kempen Pendidikan Anak Asnaf dan Miskin 2020 adalah kempen yang telah memasuki tahun ke-2 pada tahun ini. Kempen ini bertujuan untuk membantu anak asnaf dan miskin mendapat akses pendidikan yang sempurna di samping membantu untuk meringankan beban keluarga mereka untuk memenuhi keperluan yang lain. Kempen ini membantu memperkasakan pendidikan warga emas.

Di bawah kempen ini, kami mempunya tiga inisiatif yang menggerakan agenda merakyatkan pendidikan iaitu:

  • Raudhatul Huffaz, sebuah organisasi bukan keuntungan yang bertujuan untuk menyubur dan menyemarakkan budaya menghafaz Al-Quran
  • Darul Insyirah, sebuah pusat jagaan warga emas yang memperkasakan pendidikan yang bersesuaian dengan warga emas dalam pendidikan sepanjang hayat
  • Projek Tuisyen Ummah, salah satu inisiatif untuk memberi peluang masyarakat kurang berkemampuan mendapatkan akses pendidikan yang sempurna 

 

THE IMPACT


Dengan kempen ini, kami akan dapat menaja anak asnaf dan miskin seramai 5000 orang dan akan bertambah mengikut aduan dan makluman kepada kami. Tajaan ini termasuklah:

  • kit pendidikan (alat tulis dan buku)
  • prasarana pendidikan (kerusi,meja,almari)
  • pakaian
  • makanan sepanjang menetap di pusat pendidikan 
  • keperluan asasi
  • penggajian staf dan tenaga pengajar

Pada tahun 2019, kami telah berjaya memberi sinar kepada lebih 3000 anak asnaf dan miskin untuk mendapat akses pendidikan.

Kita mahu dunia yang lebih baik, jadi bermula dari pendidikanlah individu akan dibentuk dan kemudian mereka akan membina masyarakat yang sejahtera.

 

Jom Menyumbang

MYR 158.90

Raised of MYR 200,000.00 target.


5

0%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 53.25

22/11/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 10.65

01/08/2020
LIM SHI YING

Amount Donated

MYR 25.00

30/07/2020
Anonymous Donor
Semoga pendidikan sampai dekat semua anak anak ini

Amount Donated

MYR 20.00

10/07/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 50.00

08/07/2020
Anonymous Donor

About the Organization/Project behind this Campaign

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)


Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuang membangunkan projek-projek pendidikan yang uni dan berkualiti yang menepati keperluan ummah.

PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan bernaung di bawah PACU iaitu:

1) Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah (DI)

2) Raudhatul Huffaz (RH)

3) i-Backyard Science (IBS)

4) Projek Tuisyen Ummah (PROTU)

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Membangunkan program program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat
  • Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah
  • Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringkat usia
  • Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim hebat

VISI

  • Mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad)

MISI

  • Membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan ummah