Advocacy

Projek Sampul Belia: Ramadan dan Syawal untuk Semua

by Majlis Belia Malaysia

Header header campaign mbm

MYR 1,269.44

Raised of MYR 50,000.00 target.


12

3%

24 Days

Donors

Funded

Left


Donate

Fundraise

THE PROBLEM


Bulan Ramadan dan Syawal tahun ini pasti berbeza bagi sesetengah NGO terutamanya dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat daripada covid-19. Kesukaran untuk menjana kewangan yang mana sebelum ini membantu menampung organisasi mereka, sebahagian NGO berhadapan dengan kekurangan sumbangan, khususnya untuk berbuka puasa dan menyediakan persiapan berhari raya.

THE SOLUTION


Di bulan yang mulia ini, kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia; walaupun berada di rumah, anda masih boleh terus melakukan kebajikan dengan menaja benefisiari NGO berbuka puasa dan membuat persiapan raya. Kempen ini juga merupakan kerjasama dengan 41 badan daripada Majlis Belia Malaysia.

Jadi, ayuh! Beri sumbangan di kempen ini dan kami akan salurkan kepada NGO yang terpilih sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

Dengan serendah RM10, anda sudah boleh menaja 2 penghuni NGO berbuka puasa! Anda juga boleh memberikan kebahagian buat mereka dengan menaja persiapan hari raya! Jom dapatkan keberkatan Ramadhan dengan menderma di sini.

THE IMPACT


Sumbangan anda akan disalurkan kepada NGO yang terpilih seperti rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan juga keluarga yang memerlukan bagi menaja mereka berbuka puasa dan membuat persiapan raya. Dengan sumbangan anda, mereka tidak lagi runsing memikirkan kewangan bagi menyediakan juadah berbuka untuk benefisiari mereka dan membuat persiapan menyambut hari raya.

Beri sumbangan di kempen ini dan kami akan salurkan kepada NGO yang terpilih sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

MYR 1,269.44

Raised of MYR 50,000.00 target.


12

3%

24 Days

Donors

Funded

Left


Donate

Fundraise

Volunteer


Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 532.50

27/05/2020
Suprathebam
its more bless to give then to receive, God bless

Amount Donated

MYR 26.63

25/05/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 106.50

25/05/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 10.65

25/05/2020
ARAVINTHAN ARIDAS
SELAMAT HARI RAYA. STAY SAFE

Amount Donated

MYR 53.25

20/05/2020
Anonymous Donor

About the Organization/Project behind this Campaign

Majlis Belia Malaysia


PENGENALAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

OBJEKTIF

Objektif-objektif utama majlis ialah :

  • Menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.
  • Merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa.
  • Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia.
  • Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.
  • Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.