Advocacy

Menceriakan bilik belajar Kolej Vokasional Kuala Selangor

by Sisterhood Alliance

Header 20190318 181118

MYR 752.05

Raised of MYR 1,000.00 target.


8

75%

About 5 Years

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


Pelbagai permasalahan yang telah saya kaji di bilik belajar Kolej Vokasional Kuala Selangor. Antaranya, bilik belajar yang telah sedia ada pada masa sekarang ini adalah kurang menarik dari segi warna. Warna dinding di bilik belajar  tidak dapat menarik perhatian pelajar asrama untuk menggunakan serta belajar di bilik ini. Selain itu, kelengkapan yang disediakan adalah tidak mencukupi seperti kekurangan kerusi, meja dan bahan bacaan tambahan. Oleh itu, kami memilih bilik belajar ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan yang lebih baik untuk pelajar-pelajar pada masa akan datang.

THE SOLUTION


Berdasarkan permasalahan di bilik belajar di Kolej Vokasional Kuala Selangor, kami telah mengambil inisiatif untuk membuat serba sedikit penambahbaikan. Antara penyelesaian yang akan kami lakukan adalah mengecat dinding bilik belajar supaya kelihatan lebih ceria sehingga dapat manarik minat pelajar asrama supaya mereka lebih bersemangat untuk mengulangkaji di bilik tersebut, Selain itu, penambahbaikan kerusi dan meja adalah amat diperlukan bagi menampung pelajar asrama yang semakin ramai dari tahun ke tahun. Kami akan menjadikan bilik belajar ini sebagai sudut bacaan yang terdapat mini library. Mini library akan kami letakkan bahan bacaan tambahan sebagai sumber rujukan para pelajar.Seterusnya, kami juga bercadang utnuk menambah meja belajar dimana pelajar asrama boleh duduk di lantai mengikut keselesaan masing-masing.

THE IMPACT


Dengan hanya penyelesaian ringkas seperti ini, pelajar asrama akan lebih selesa untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, pelajar juga akan lebih tertarik untuk datang dan belajar pada bila-bila masa sahaja. Seterusnya, pelajar asrama dapat lebih fokus untuk belajar kerana terdapat kelengkapan yang selesa dan selamat.Kemudian, penambahbaikan bilik belajar juga dapat menghujani pelbagai pengetahuan hasil penambahan berbagai jenis bahan bacaan termasuklah buku rujukan yang dapat memberikan panduan yang lebih mendalam kepada pelajar asrama semasa belajar.

Goal Breakdown

Goal 1 - Cat dinding. Amount Needed: MYRRM300

Goal 2 - Kerusi plastik. Amount Needed: MYRRM200

Goal 3 - Meja Jepun. Amount Needed: MYRRM500

Bantulah kami, kami memerlukan dana secepat yang mungkin sebelum tarikh 11 April

MYR 752.05

Raised of MYR 1,000.00 target.


8

75%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 50.00

29/03/2019

Amount Donated

MYR 50.00

25/03/2019

Amount Donated

MYR 20.00

23/03/2019

About the Organization/Project behind this Campaign

Sisterhood Alliance


Sisterhood Alliance is Social Purpose Organization to empowered young girls to make the best choices and life-skills education. Girls are change-makers. They play a crucial role in building stronger economies, achieving development goals, and improving the quality of life of women, men, families, and communities. Sisterhood Alliance aims to pave the way to create intelligent and compassionate change-makers.