Individual Projects

Bantuan Sementara Bersama Ain

by Nur Ain

Header main pic ain

MYR 976.70

Raised of MYR 42,500.00 target.


12

2%

Over 3 Years

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


Nama saya Ain dan saya merupakan pengasas kempen ‘Bantuan Sementara Bersama Ain.’ Saya telah memulakan kempen sumbangan ini sejak tujuh tahun lepas, yang mana bertujuan untuk membantu golongan asnaf dan golongan yang memerlukan. Saya bukanlah datang dari kehidupan orang yang senang, saya pernah merasa bagaimana hidup dalam kesusahan dan di gelandangan. Kadang-kadang terpaksa mengikat perut untuk turut sama membesarkan anak saya yang masih kecil ketika itu. Namun, saya tidak pernah putus asa. Saya percaya bahawa sekiranya kita berusaha dan membantu orang lain, pintu rezeki akan terbuka luas.

Bermula dengan berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan, saya cuba untuk bangkit mengubah nasib diri. Nasi lemak RM1 yang saya jual ketika itu memang saya niatkan untuk memudahkan orang ramai yang mungkin kekurangan wang untuk membeli. Pada tahun 2017, ketika dunia teknologi dan kuasa viral sosial media semakin berkembang, masyarakat yang baik hati telah secara tidak langsung mempromosikan jualan nasi lemak saya. Bermula dari saat itu, kehidupan saya berubah, rezeki jualan saya semakin bertambah. Saya nekad untuk mengembangkan perniagaan saya dan membuka servis katering di samping membantu golongan yang memerlukan.

Saya tidak pernah lupa akan asal usul saya, yang mana pernah berada dalam kesusahan. Saya faham perasaan merasa kesempitan kewangan dan kekurangan makanan. Kini, tiba masa untuk saya membantu orang lain pula yang memerlukan. Saya bangunkan kempen ‘Bantuan Sementara Bersama Ain’ khusus untuk menyumbangkan makanan percuma, barangan dapur dan rumah transit kepada golongan yang memerlukan sebagai pemangkin kepada perubahan hidup mereka. Saya percaya bahawa nasib golongan yang memerlukan dapat diubah jika mereka diberikan sedikit bantuan dan dorongan. Dengan bantuan orang ramai dan sedikit keuntungan jualan perniagaan, saya nekad untuk membantu mereka.

Setiap bulan, saya komited untuk menyediakan beberapa pek sumbangan sementara kepada golongan yang memerlukan. Bantuan ini tidaklah banyak mana, namun cukup untuk meringankan beban individu yang mempunyai tanggungan keluarga sementara menunggu gaji seterusnya atau dalam kesempitan kewangan. Pemilihan penerima sumbangan ini ditapis secara teliti bagi memastikan hanya golongan yang betul-betul memerlukan mendapat bantuan. Kali ini, saya mensasarkan untuk memberikan sumbangan khusus sebelum menjelangnya bulan Ramadan.
 

THE SOLUTION


Kempen “Bantuan Sementara Bersama Ain” sudah masuk tahun ketujuh dan kali ini, kempen ini istimewa kerana ia merupakan salah satu kempen khusus untuk membantu golongan yang memerlukan. Bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Setiap keluarga yang menyambutnya pasti menanti-nantikan saat ini terutama ketika sahur dan buka puasa. Namun, bagi golongan yang kurang berkemampuan, pasti sukar sekiranya berada dalam kesempitan kewangan untuk membeli barangan makanan. Bagi kempen ini, saya mensasarkan bantuan sebanyak RM85 yang mengandungi beberapa keperluan asas kepada 500 buah keluarga. Jumlah kutipan yang disasarkan untuk membantu 500 buah keluarga adalah sebanyak RM42,500. Pek sumbangan RM85 tersebut terdiri daripada:

  • Beras 10kg atau 5kg
  • Telur 1 papan
  • Sardin 3 tin besar
  • Tepung gandum 1 kg
  • Minyak 1kg
  • Gula 1kg
  • Biskut 1 paket
  • Milo 1 paket besar

THE IMPACT


Bantuan ini diberikan untuk membantu golongan yang memerlukan sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Melalui tapisan pemilihan yang teliti, keutamaan diberikan kepada golongan asnaf yang memerlukan, dari seluruh Malaysia, sementara menunggu gaji seterusnya atau tiada pekerjaan. Semoga bantuan ini dapat memberi sinar kegembiraan di wajah mereka dan turut sama menyambut Ramadan dengan rasa kesyukuran. Anda boleh menyokong kempen ini untuk turut sama dengan saya dengan memberi sumbangan keperluan barangan makanan bagi meringankan beban mereka. Ayuh, sumbangan anda mampu memberikan kebahagiaan buat mereka!
 

Ayuh, sumbangan anda mampu memberikan kebahagiaan buat mereka!

MYR 976.70

Raised of MYR 42,500.00 target.


12

2%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 26.63

05/03/2020

Amount Donated

MYR 1.07

27/02/2020

About the Organization/Project behind this Campaign

Nur Ain


Perniagaan nasi lemak RM1 yang diusahakan Kak Ain mula dikenali setelah gambarnya menggendong anak sambil berniaga nasi lemak di dalam but kereta mula tular pada tahun 2017. Kegigihan seorang ibu mencari rezeki halal ditambah dengan keenakan masakannya telah membuka pintu rezeki yang lebih luas apabila Kak Ain telah mula membuka perniagaan kateringnya sendiri.

Bukan keuntungan semata-mata yang dicari, namun rezeki yang diperolehi Kak Ain turut dikongsi kepada golongan asnaf yang memerlukan. Pernah menjalani hidup sebagai seorang gelandangan, Kak Ain yakin nasib gelandangan mampu diubah jika mereka diberikan sedikit sokongan dan dorongan. Berbekalkan keyakinan dan semangat yang tak pernah mengenal putus asa, Kak Ain membantu golongan asnaf dengan menyumbangkan makanan percuma, barangan dapur dan rumah transit kepada mereka sebagai pemangkin kepada perubahan hidup mereka.

Keikhlasan seorang insan berhati emas seperti Kak Ain wajar kita contohi yang melihat kekayaan bukan dari sudut wang ringgit namun sumbangan yang boleh diberikan kepada masyarakat. Marilah kita sama-sama membantu Kak Ain untuk membantu golongan yang memerlukan!

#BersamaAin

Fundraisers supporting this Campaign

List logo kempen ain


MYR 121.83

Raised of MYR 10,000.00 target.

This fundraiser has ended